Ahad, 24 Julai 2016

Awak? Teman umi?

Bismillah...

Makin lama..
Makin menjadi-jadi..
Muntah tak tertahan-tahan..

Sayang..
Awak dah ada ke?
Awak datang teman umi?

Sampai satu masa.
Hampir 7 kali ulang-alik ke tandas, dalam 1 pagi...

Umi singgahkan kepala.
Pada kepala paip.
En paip..
Tumpang rehat jap ye 😂..

Dan...
Umi angkat muka.
Tenung cermin dan senyum..

Umi janji dah.
Umi nak lalui jihad ni dengan senyum.
Tak nak mengeluh!

Umm..
Air mata?
Yang tu umi tak janji.
Sebab air mata tu kawan baik umi. He he.
Bagi la can kat air mata tu nak tenangkan hati umi. Ok?

Umi janji..
Umi tak mengeluh.
Umi syukur.
Umi sabar.
Dengan cara umi..
Ok Sayang?

Tq.. Sudi teman umi.
Kita kuat sama². Ok?

Awak teman Umi siapkan kerja² Umi tau. Duduk elok² 😊

Belajar awal². Tengok apa umi buat... Nnti nk Keluar tengok dunia. Dah pandai dah nk buat semua.. Ha.. Gittu 🙈

Terima kasih Allah...
Terima kasih teman Umi 💕

#EmosiTakStabil
#MogaAllahJaga
#AllahAdaKan💪

Sabtu, 23 Julai 2016

Cita-cita

Bismillah...

Awak.

Saya: Saya ad cita-cita baru.

Awak: Ap?

Saya: cita-cita. Yang jadi income pasif. Sampai bila-bila...

Awak: apa?

Saya: kematian, yang menghidupkan...

#fight4HusnulKhatimah
#MaafSalahSilap
#DoakanSemua
#DoakanBaytSyaFiy

Khamis, 21 Julai 2016

Wanita. Salam kasih untuk semua.

Bismillah...

Wanita itu madrasah.
Madrasah yang akan membangunkan.

Boleh jadi juga,
Madrasah yang membantutkan.

Wanita..
Kalian sedang berduka?
Dengan kelemahan diri?

Ish!
Kita hari ini.
Punya tuhan.
Untuk kita gantungkan kekuatan.

Jadi?
Kerana apa kita lemah?

Mudah.
Jawapannya...

Kerana tuhan kecil di dalam hati kita...

Allah.............

Kalian.
Berhenti untuk terlalu murah.
Berhenti untuk terlalu lemah.

Tuhan sedang mencintai.
Hambanya yang kuat.
Nabi telah titipkan pesan bukan?

Mari.
Aku ingatkan kembali kalian.

Kalian...

Mari.
Kita mahalkan diri.
Hiasan yang mahal.
Untuk org yang berakal.
Bukanlah perhiasan.

Tapi ILMU.
Ilmu yang akan memahalkan.
Menjadikan kita.
Orang yang bergerak.
Dengan matang, faham, Dan bahagia.

Ingat,
Yang mengurus duka.
Yang menjadikan suasana bahagia.
Itu kita..

InsyaAllah.

Jadi kenapa mahu salahkah manusia?

Mari!
Kita bina bahagia kita bersama.
Dengan ilmu.
Yang menguatkan matlamat & jiwa 😘

22/7/2016
Kuliah Dhuha,
Rusila 💓

Membangunkan cinta kita

Bismillah...

Dan saat aku sah,
Bergelar sayap kiri.

Hanya ada 1 janji,
Tersemat dalam hati.

Aku mahu membangun bersama.
Jauh dari membantutkan.

Usah risau kekasih,
Andai ada langkahmu yang kurang,
Aku Sudah bersedia untuk menerima kekurangan itu,
Mari kita gilap Dan sinarkan bersama.

Usah risau kekasih,
Andai ada tindakmu yang belum sempurna,
Mari kita baikinya bersama.

Aku.
Sentiasa ada.
Untuk kekurangan dan kelebihan mu.

InsyaAllah.

Dan inilah cinta...
Menyuntik semangat.
Untuk saling kuat.

#ImissYou
#Sabar
#RahmatKurniaanAllah.
#DoakanBaytSyaFiy

Ahad, 17 Julai 2016

I love you because of Allah

Bismillah...

"Sayang.. B cintakan awak sampai mati"

😭

Terima kasih Allah.
Atas kurniaan dia.

Allah benar² kurniakan seperti apa yang aku perlukan.

Banyak huru hara kehidupan.

Dan dia pelengkap kesempurnaan.

Banyaknya nikmat tuhan.
Sedang aku masih beralasan untuk sebuah ketaatan.

Berangan.
Meletakkan cinta Allah Dan rasul itu sebagai keutamaan.

Apa buktinya?
Atau semuanya masih angan2.

Alhamdulillah.

Semoga kuat kaki melangkah.
Mengenal Allah Dan rasulullah.

"B... Saya nak cintakan awak. Sehingga selepas mati" doakan saya. Doakan saya ye 💓

#iloveyoubecauseofAllah
#doakanbaytsyafiy

Khamis, 7 Julai 2016

Jihad umi

Bismillah...

Walid tanya. Sedia ke jadi umi?
Tak tahu nak jawab soalan tu.
Susahnya...

Satu hari.
Umi dengar kuliah agama.
Umi hayati dan fahami.

Apa guna bayt haraki.
Apa manfaat buat diri.

Memang mengandung dan melahirkan tu tak mudah.
Memang payah.
Memang Susah.

Tapi pernah.
Terserempak dengan seorang manusia.
Yang mampu tersenyum.
Diatas kerusi roda.
Menuju bilik bersalin.

Senyum melirik manis di bibir pucat itu.
Doakan.
Beliau sedang menuju ke Medan jihad katanya.

SubahaAllah.
Indahnya bila faham.
Pada keperluan dan keutamaan.
Pada ibadah bertuhan.

Melahirkan anak² pejuang.
Dengan kualiti ibu ayah yang tak kurang.

Setiap anak yang lahir.
Ada tuntutan amanah yang besar perlu digalas dan dijawab di hadapan tuhan.

Amanah akal.
Amanah emosi.
Amanah rohani.

Semua perlu diisi sebaiknya.
Seadilnya.

Anak2 umi.
Doakan, minta pada Allah.
Umi dan walid, kuat..
Mampu membahagiakan kalian.
Dunia dan akhirat.

Ameen...

#hajatdoasemua
#baytsyafiy

Sabtu, 2 Julai 2016

Terlalu rindu

Bismillah...

2/7/2016

Hampir 3 bulan bergelar isteri.
Baru beberapa hari bertemu muka dengan encik suami.

Mungkin kurang daripada 10 hari.
Tarbiyah rabbani.
Pasti punya hikmah sendiri kan.

Takungan rindu dalam Dada.
Tak mampu diungkap dengan lisan.
Kerana sesaknya terlalu menekan.

Sakitnya perpisahan.
Dengan kesayangan.

Mungkin Allah sedang mendidik.
Untuk menghargai.

Memahami rasa kehilangan.
Supaya menghargai sebuah pertemuan.

Allah...
Sesakit ini perpisahan sementara...

Aku mahu bersamanya.
Disyurga tertinggi milikMu.

Semoga Allah menjagakan "rumah ini"

Dan memenuhkannya dengan.
Sakinah, mawaddah dan rahmah <

#MenulisItuTerapi
#ILoveUZauji