Khamis, 7 Julai 2016

Jihad umi

Bismillah...

Walid tanya. Sedia ke jadi umi?
Tak tahu nak jawab soalan tu.
Susahnya...

Satu hari.
Umi dengar kuliah agama.
Umi hayati dan fahami.

Apa guna bayt haraki.
Apa manfaat buat diri.

Memang mengandung dan melahirkan tu tak mudah.
Memang payah.
Memang Susah.

Tapi pernah.
Terserempak dengan seorang manusia.
Yang mampu tersenyum.
Diatas kerusi roda.
Menuju bilik bersalin.

Senyum melirik manis di bibir pucat itu.
Doakan.
Beliau sedang menuju ke Medan jihad katanya.

SubahaAllah.
Indahnya bila faham.
Pada keperluan dan keutamaan.
Pada ibadah bertuhan.

Melahirkan anak² pejuang.
Dengan kualiti ibu ayah yang tak kurang.

Setiap anak yang lahir.
Ada tuntutan amanah yang besar perlu digalas dan dijawab di hadapan tuhan.

Amanah akal.
Amanah emosi.
Amanah rohani.

Semua perlu diisi sebaiknya.
Seadilnya.

Anak2 umi.
Doakan, minta pada Allah.
Umi dan walid, kuat..
Mampu membahagiakan kalian.
Dunia dan akhirat.

Ameen...

#hajatdoasemua
#baytsyafiy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan