Jumaat, 19 Julai 2019

SEMALAM DALAM PELUKAN

Bismillah

Syifa dah tidur
Awal sekarang dia tidur
Biasanya sampai pagi.
Rutin berubah kali ni.
Dan pastinya memudahkan.

Dan aish sendiri
Merenung rumah
Dan merenung diri sndiri

Semalam tidur dalam pelukan,
Hari ini tidur sendirian.
Begitulah asam garam.
Rumah tangga yang bergerak.

Memang takkan ramai yang akan tahan.
Sebab ia memang memerlukan latihan.
Sakit dan peritnya ada rasanya yang tersendiri.
Masih mencari manisnya.
Belum dijumpai sepenuhnya.

Yang pasti,
Bait Haraki, pasti ada manisnya,
Bukan sekadar tawar yang sakit.
Cuma yang masih belum bertemu manisnya,
Pasti ada. Cuma Allah simpankan dulu.
Supaya rasa itu akan jadi istimewa.

Bila?
Bila diri mu telah mula menapak,
Mendekat dengan Nya.

Ya Allah,
Panggillah diriku,
Untuk makin mendekat dengan MU.

Suri Bayt Haraki
NSY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan