Selasa, 16 Julai 2019

TAHUN 2019 yang perlu disyukuri

Bismillah wal hamdulillah

Fuh.. fuh.. fuh (tiup habuk sikit)
Lama dah blog ni sepi tanpa kabar berita.




Alhamdulillah,
Tahun 2019
Banyak pencapaian hidup yang telah dicapai.

Penting untuk tulis,
supaya diri sendiri tak pernah lupa untuk bersyukur atas setiap kurnianya.

Kita selalu kan, rasa beruntungnya orang tu, orang tu dan orang tu,
tak pernah nak rasa yang kita tu sendiri dah terlalu banyak untung yang Allah beri.

Sebab?
Sebab kita selalu tengok orang,
Kita baca kisah hidup orang,
Kita selalu kira duit orang,
Kita selalu hitung kelebihan orang.

Sampaikan kita lupa nak hitung apa yang kita dan ada,
untuk kita rasa syukur se syukurnya.

Alhamdulillah,
Pada Aish sendiri.
Tahun 2019 adalah tahun kestabilan.

Tak terlalu senang.
Tak terlalu mewah.
Tapi rasa cukup dan ada lebihan.

Alhamdulillah.
Tahun 2019 (Umur 26 tahun):

1. Dah ada kereta,
walaupun kereta tu bayar kat umi. Sebab asalnya kereta tu umi punya. Ok la, untuk first car keluarga kecil kami, dah rasa sangat bersyukur dah tu.

2. Dah beli sebuah rumah.
Walaupun rumah tu kecik je. 800sqft. Dulu rasa stress, tak sukaaaa sangat. hehe. Tapi bila masuk group rumah dan tengok orang lain beli rumah tu dengan terpaksa join loan. Sedangkan aish yang muda trang tang tang ni. mampu beli tanpa perlu join loan pun. Debushhh, tolak kepala sendiri. Apa la tak reti reti nak bersyukur lagi. So. ALHAMUDLILLAH ALA NIKMAH.

3. Ada suami soleh
Walaupun dia tak sempurna (sebab dia bukan malaikat), cuma manusia sama macam aish. Tapi dia usaha untuk jadi sempurna. Aish mintak hadiah, dia usaha untuk bagi. Aish cakap letih. Dia usaha untuk ringankan. Aish mengadu dia dengar. Aish usik dia. Dia tak pernah marah. Aish marah. Dia tak marah balik pun.. Sob sob.. baiknya...

4. Ada anak yang aktif, sempurna fizikal dan mental.
Alhamdulillah Allah kurniakan Syifa' Nur Zainab untuk mematangkan keluarga kecil kami. Orang lain usaha macam-macam cara untuk dapatkan zuriat. Kita yang senang dapat ni, tak nak hargai pulak. Apo laaaaa...

5. Dah ada simpanan.
Alhamdulillah. Dah boleh menyimpan. Tak banyak. tapi ada. Alhamdulillah.

6. InsyaAllah akan ke Mekah untuk Umrah.
Wahh.. Yang ni eksited sangat. Sebab tak pernah naik kapal terbang pun. Hehehe.Ni first time nak melangkah jauh sikit. Moga-moga Allah permudahkan semua urusan hujung tahun ni. (Nanti kita share persiapan untuk umrah pulak). InsyaAllah.

Soooo. ada 6 benda besar untuk tahun 2019 ni insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan