Ahad, 27 November 2016

Check up awak <3

Bismillah...

Klinik Lundang Paku.
9.00 Pagi - 11 pagi.

1. Ini Kali ke berapa?
Ehe.. Ummi lupa.

2. Ni brapa minggu dah?
Ehee. Umi gelak kecil. Ummi x pasti sebenarnya. >_<

3. Kes awak ni macam mana ye?
Oh.. Saya booking dekat terengganu, ni sementara cuti sekolah tumpang kat sini. Nanti duduk KL. Tapi bersalin InsyaAllah kat sini. Ehee. Ampun akak misi. Buat akak kepeningan >_<

*setiap Kali jumpa sorang-sorang misi. Kena ulang skrip sama. Dekat 5 kali jugak ulang cerita. Ahaks. Ni belum sampai KL lagi...

* "ummi.. Senyum.. Senyum.. Layan je ok ^_~ buat2 blurr.. Cakap lembut².. Baru tak kena marah.. Kihkih.." Misi pun kesian tengok. Sabo je lah akak2 misi ye >_<

4. Mana result darah awak?

* errrr... Hee. Tak de eh? Mana saya tahu *tutup muka* kuikuikui...

Samada awak nk ambik darah balik @ awak nak call klinik sana? Ambik darah la deh.. Mudah sikit.

Ok kak. *nasib tak sakit sangat. Masuk air lagi sakit... Hee.

Akk misi smbung lagi: 3 botol je <3

Weeee~

Bereh boz. Janji tak kena marah. I ikut je =_=

5. Awak ni bukan kena datang klinik ni sebenarnya.

Ummi: Err? Dah tu?

Akk Misi: Klinik Kubang Kiat.

Ummi: Ohh.. Hee

Akk misi: (muka garang~err takutnya.. Kuikuikui) nanti balik.. Awak singgah klinik ni. Lapor kat dia ye. Result darah pun nanti ambik kat sini...

Ummi: Ummm. Ai² akak.

6. Jumpa Dr.

Ummi: sy kena jumpa pakar tak sebenarnya? Utk lelah?

Dr: oh.. Tak payah. Sebab awak stabil.

Ummi: yeah! Tak yah datang klinik Dah <3

7. Ops.. Terlupa kes dengan akak misi.

Akk misi: awak minum kopi, tea, nescafe?

Ummi: tak (dalam hati.. Ehehehe. Ad sikit sebenarnya. Sikit je. Huhu >_<)

Klinik Kubang Kiat

11.30 am - 12.00 pm

1. Awak duk mana?

Umi: Oo.. Saya kg kubang getah. Anak zamilah.

Akak misi: oo.. Awak ni. Msuk kawasan Ketereh dah ni. Bukan kat sini ni. Dia kena ikut kawasan...

Umi: *gelak dalam hati* kihkihkihkih..  Oo.. Tak boleh ye kak? Sini dekat lagi.

Akak misi: aah dik. Tak leh. Dia kena ikut kawasan.

Umi: *sengeh* ok..

2. Minum air gula?

Akak misi: awak minum air gula dah?

Ummi: tak payah. Sebab umur 23.

Akak misi: oo.. Ye lah. Eh, jap. Ni tak suntik.. (Ett k tee. Apa entah. Lupa >_<)

Ummi: *alamak. Cucuk lagi ke... Ohh.. Positif2.. X sakit, tak sakit.. Haha yeah!* oo.. Apa tu kak?

Akak misi: ni untuk kancing gigi. Sbb ni anak sulung. Jadi kena 2 dos. 1 hari ni. 1 lagi.. Next appointment.

Ummi: *sengeh* hee~ okkey. >_<

P/s: fuhh.. Pengalaman <3 macam mana nanti naik KL. Kuikuikui. Moga tak de la kes kena marah. Moga d permudahkan semua urusan..

Kehkeh.. Jangan marah ummi.. Ummi tak kuad.. Kuang kuang kuang.. Ummi marah orang tak pe :p

Setakat ni. Tak ada pun yang susah. Alahan hari tu je lah. 4 bulan <3... Yang lain. Alhamdulillah..

#moment
#22w 4d
#5months

Mahar cinta isteri pejuang

Bismillah...

Tampal kat sini!

Buat isi nanti rasa "lapar" datang lagi :)

MAHAR CINTA ISTERI PEJUANG

Suatu hari, akhirnya air mata ini tumpah. Lama sebenarnya dipendam. Cuba untuk menggagahkan diri, mencekalkan hati. "Kakak mari sini ummi nak peluk kakak," tubuh kecil anak solehah itu dirangkul. "Berjuang ni memang berat ye kakak." Anak itu seolah mengerti hanya diam merelakan dirinya dipeluk erat. Setelah itu, ketenangan dicari dan hati dipujuk dengan menghadap Yang Maha Esa. Usai "beruzlah" seketika, diri yang tadinya layu bangkit dengan semangat baru!

Direnung kembali...
Semakin berat amanah perjuangan. Jujurnya jadual suami yang terlalu padat semakin terasa. Baru pulang dari Acheh setelah 3 hari, ada pula program di Indonesia, kemudian ke Sabah, pulang dan seterusnya ke Terengganu, Kuala Lumpur....... Dirinya pula ada amanah lain di hospital terutama bila perlu oncall, memberi khidmat berterusan lebih 30 jam untuk masyarakat. Anak-anak pula perlu diuruskan sebaiknya. Dirinya amat berpegang, seorang ibu adalah madrasah buat anak-anak. Alhamdulillah Allah Maha Penyayang mengurniakan ahli keluarga yang sangat memahami dan banyak membantu.

Sedang melayan perasaan, suami yang tadinya dah keluar bergegas ke kuliah di masjid, masuk seketika sambil menghulur sebuah diari. "Ambillah, hadiah untuk sayang." Seolah ada aura untuk memahami.

Dibuka diari itu sambil mengelap air mata yang masih tersisa. Dalamnya ada dua muka surat yang menyenaraikan organisasi beserta gambar pimpinan muslimat gerakan dakwah. Allah... Tiba-tiba seperti ada tamparan kuat, malu sendiri. Mereka juga muslimat, seorang isteri, seorang ibu, malah beberapa orang juga ada yang bergelar doktor perubatan. Namun mereka tetap teguh membawa amanah dan risalah perjuangan untuk ummah. Kekuatan itu memberi aspirasi.

Sungguh, jika dulu diri ini sendiri yang berdoa dan memohon pada Allah, agar dikurniakan jodoh yang dapat membawa kepada redhaNya, yang dapat membawa kepada istiqamah di jalan dakwahNya... Maka kenapa hari ini pula perlu mengeluh? Sewajibnya perlu menerima dan menghadapi dengan penuh rasa syukur.

Mahar cinta isteri pejuang itu adalah syurga. Namun ianya mahar yang tertangguh yang awalnya menuntut sepenuh kefahaman, ikhlas, pengorbanan dan kekuatan.

Tangguhkan merasai kemewahan di dunia untuk mahligai di akhirat,
Tangguhkan menikmati keseronokan melancong dan beristirehat di dunia untuk nikmat di akhirat,
Biarlah terhadnya masa bersama di dunia kerana dakwah asal dapat bahagia bersama di akhirat,
Biar kesusahan dunia menjadi saksi untuk bekalan di akhirat nanti...

Diselak kembali helaian kisah para isteri pejuang atas nama dakwah, kerdil sungguh rasanya diri ini.

Manifestasi cinta agung Saidatina Khadijah di jalan dakwah sehingga sanggup berkorban jiwa, pangkat dan harta. Malah akhir hayatnya sanggup menuturkan, "Andai tulang belulangku boleh digunakan untuk perjuangan Islam maka gunakanlah."

Kefahaman jitu isteri as-Syahid Abdullah Azzam meninggalkan kesenangan hidup di tempat tinggalnya untuk bersama suaminya berhijrah untuk perjuangan Islam.

Tingginya pengorbanan isteri as-Syahid Imam Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin, yang mengambil alih peranan mendidik anak-anak tatkala suaminya kerap keluar atas tuntutan dakwah.

Teringat juga kisah bidadari timur, Datin Sabariah, isteri murabbi agung almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang sangat merendah diri dengan rumah yang sederhana walaupun bergelar Menteri Besar berpuluh tahun. Malah ada diceritakan bila mana beliau memakai gelang emas pernah ditegur TGNA kerana takut-takut ada rakyatnya wanita di luar sana yang kepingin dan meminta suami mereka untuk belikan gelang emas sedangkan suaminya tidak berkemampuan.

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Teruslah bergerak dilapangan ummah, meredhai dan menjadi tulang belakang langkah suamimu di jalan dakwah. Infiru!

Allah sedang mendidik dengan sangat baik <3

Bismillah...

Malam.
28 November 2016

Umi tak pasti. Kenapa rindu ni terlalu menekan.. Ya.. Hadir di gambaran umi.. Tokoh² muslimat yang pernah umi hayati kisahnya...

Cuma...
Malam ni. Lain benar rasanya.
Umi tak pasti dengan perasaan sendiri.

Baby.
Maaf. Sebab emosi umi tak seteguh mereka² yang dekat dengan Allah.
Umi lemah. Sebab umi jauh dengan Allah kan sayang...

Dan.. Malam ni. Umi perlukan motivasi.
Umi buka dan umi cari perkongsian daripada isteri ustaz Hafiz sabri, Dr atikah :) Dr. Dan ibu kepada sepasang cahaya mata yang bijak ^^

Terima kasih akak. Sangat bermakna.
Umi sangat gembira sebenarnya. Walid luangkan masa untuk agama. Seronok melihatnya... :) cuma.. Desakan emosi rindu ini. Perlukan ubat.

Rindu tak salah. Ia boleh jadi baja untuk sebuah cinta. Cuma... Umi bimbang. Umi tak kawalnya... Hingga ia jadi racun yang mematikan... *baby.. Awak tlg ingatkan umi okkey sayang*

*********
(Perkongsian Dr. Atikah)

Dulu semasa di alam kampus saya selalu tertanya-tanya mengapa tidak ada role model rumahtangga yang kedua-dua pasangan suami isteri dapat terus komited dalam medan dakwah? Dangkalnya pemikiran saya ketika itu yang hanya melihat erti komited dan istiqamah hanya pada mereka yang mampu berdiri berucap di depan dan memegang jawatan-jawatan tinggi dalam gerakan dakwah.

Alhamdulillah, setelah menjadi seorang isteri, saya semakin celik melalui ilmu dan pengalaman. Saya sangat teruja bila dapat membedah buku "Peranan Muslimat di Medan Amal Islami" dalam usrah. Bermaknanya pertemuan dengan buku yang ringkas tetapi padat dan sangat praktikal dalam situasi sekarang itu seolah-olah pengalaman berharga saya ketika pertama kali dapat menyambut kelahiran bayi di hospital. Buku "wajib" untuk yang bercita-cita atau sedang membina baitul haraki, baik muslimin mahupun muslimat.

Bergelar seorang isteri kepada suami yang sudah sedia mewaqafkan diri di jalan dakwah sejak sebelum kami bernikah lagi, yang masanya amat terhad di rumah kerana amanah ummah, menjadikan saya sangat terinspirasi dengan kisah-kisah hebat isteri-isteri pejuang...

Hebatnya manifestasi cinta dan kefahaman perjuangan bidadari syurga, Saidatina Khadijah, yang menjadi pendamping dan pendokong setia Rasulullah saw, sehingga mengungkapkan di akhir hayatnya, "Andai tulang belulangku juga boleh dijadikan jambatan untuk perjuangan Islam, maka gunakanlah."

Begitu juga dengan teladan hebat Ustazah Latifah, isteri asy-syahid Imam Hassan al-Banna yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi individu-individu hebat dikala suaminya amat terhad masa bersama keluarga kerana tuntutan dakwah. 

Kisah rumahtangga asy-syahid Dr Abdul Aziz ar-Rantisi juga hebat. Diceritakan suatu ketika asy-syahid balik ke rumah setelah berminggu-minggu di luar kerana amanah dakwah. Sampai di muka pintu isterinya berkata, "Mengapa kamu pulang suamiku. Bukankah dirimu diperlukan ummah di luar sana?"

Disamping kisah isteri-isteri pejuang yang telah berkorban harta, masa, perasaan dan tenaga ini, saya juga masih sentiasa mengambil semangat dan inspirasi kisah mujahidah hebat Zainab al-Ghazali yang dinukilkan dalam karya "Hari-hari Dalam Hidupku". Wanita cekal yang hatinya amat dekat dengan Allah ini merupakan teladan pemimpin wanita yang progresif dan dinamik.

Lalu bagaimana pula kisah kita? Besar amanah dakwah yang menanti di luar sana. Situasi, kekuatan dan kelebihan setiap wanita itu berlainan.Walau di posisi mana kita berada, pastikan ada sumbangan kita untuk Islam dan ummah.

Yang pasti juga, disebalik kehebatan seorang lelaki pasti ada wanita hebat bersamanya sama ada secara nyata atau disebalik tabir.

*******

Dan umi sangat pasti.. Wanita² ini juga mempunyai rasa yang sama dengan umi :) cuma.. Mereka menguruskannya dengan iman yang tinggi.. Emm.. Allahu Akbar <3

#Walid,IMissYou

Mengidam?

Bismillah...

Alhmdulillah. Hari ni rasa sihat!

Hee.. Baby brapa bulan? Entah.. Ummi confuse =_=

Samada 4 nak masuk 5..
Atau 5 nak masuk 6...

Tapi rasanya dah 5.. Nk masuk 6.. 💓

Saja. List kat sini. Makanan apa yang pernah mengidam sepanjang mengandung ni... Buat kenangan katanya 😘

1. Roti canai (tersebut kat rumet. Hee. So dia belanja. Terkejut kitte. Tq awak!)

2. Bihun sup (ni tahap mengidam dia sampai menangis 😂 tak tahu jugak kenapa nangis. Huhu. Lucu)

3. Chocolate (sedapnya.... Chocolate + badam.. Tapi kalau time loya. Memang tolak tepi laa..)

4. Limau barli (yang ni tiba².. Tak pernah2 pun suka..)

5. Buah pauh a.k.a mangga 😁 (hee. Yang ni memang dah lama jadi hantu dy)

6. Kerang rebus (yang ni. Susah nau nk dapat.. Tak dapat² lagi.. Nanti la kita cari. Saja malas nk minta. Malas menyusahkan. Tahap dia tak sampai menangis lagi)

7. Coolblog chocolate + Oreo (yang ni.. Tiba² 😂)

Alhamdulillah. Sikit je.. Dan setakat ni takde yang pelik-pelik lagi..

# Settle mengidam makanan jasadi. Makanan rohani pulak...

1. Khatamkan al-Quran (hee.. Awal2 dulu x boleh nk baca. Allah tarik nikmat kejap. Asal bukak mulut je.. Bluekkkk *lari masuk tandas*.. Hahaha. Sekarang dah sihat. Boleh start marathon.. Nnti walid ada blh suh walid tlg tgok. Betulkan tajwid umi yg terabur ni.. Kihkihkih.. *apalah ustajah ni*

2. Baca buku bermakna (biar awak keluar nanti jadi orang bermakna... Macam walid awak, ok syg.. Muahhh)

3. Baca buku pendidikan utk anak. (Huhu. Umi ni jenis emosi tak stabil kan. So. Kena bawak2 la study bab2 emosi ni.. Ummi boleh!)

4. Cari nama untuk baby.... Susah sangat yang ni T_T ... Doakan umi blh cari nama-nama yang bermakna untuk awak okkey!

5. Ops.. Lupa. 1 lagi benda yang mengidam. Nak hafal juz amma. Hee.. Apalah ustajah ni. X ingat2 lagi =_= hee. Ok baby. Jom hafal sama2 deh :D

Fuhh..
Selesai untuk mengidam2 ni...
Bila dah tak alahan ni. Rasa syok jugak mengandung ep. Blh jadi permaisuri.

Ahaks. Permaisuri sangat :p

Pesanan akak²... Mak²... Nak jadi ummi kena qawiy.. InsyaAllah sayang... ummi cuba💓  kalau termenangis tu sorry la.. Tak sengaja.. Hee..

semoga awak tak rugi.. Dapat saya sebagai ummi :)

#LoveYouBaby
#LoveYouWalid
#IMY

Jumaat, 25 November 2016

Setia hingga hujung nyawa

Bismillah...

Ya Allah.
Terima kasih untuk teguran.
Untuk tidak menukar posisi tuhan dengan insan.

Ya Allah.
Kekalkan hati ini mengharap hanya cinta pada keutamaan.

Berbeza rupanya lelaki Dan perempuan.
Cara berfikir. Dan cara bertindak.

Emm...
Bila bercakap soal setia.
Lelaki akan kata.
Alah... Kawin 2 je pun, 3, 4...
Atau kadang².. Itu hanya gurauan. Antara lelaki dan lelaki... Untuk menampakkan kemachoan?

Sedang perempuan pula berbeza.
Ya. Ad yang kawin kerana harta.
Namun.
Bukan semua. Kerana ada yang lebih rela untuk bersama dengan kesusahan.
Setia untuk Susah Dan senang.

Khadijah memberi semua.
Dan Rasulullah sangat mencintainya...
Sehingga dia tidak diduakan.. Sehingga selepas mati pun hatinya tetap untuk khadijah. Hebatnya.. Saidatina Khadijah... Engkau benar wanita mulia. Hingga tulang mu juga sanggup kau jualkan untuk agama.

Aisyah.. Dimadukan.
Dalam keadaan cinta Rasulullah.
Sangat tinggi untuk jasad itu.
Madu²nya.. Memberikan giliran mereka pada asiyah pada saat tertentu.
Kerana apa? Kerana mereka tahu. Mereka di kahwini untuk di bantu.

Dan mustahil
Terkumpul 2 cinta.
Dalam 1 jiwa.
Pasti ada yang lebih dicintai.
Kalau itu benar terjadi...

Dan semoga.
Aku mendapat si setia yang sebenar.
Tak perlu ada rasa syak wasangka.
Atau cemburu buta.

Aku ingin tenang untuk sebuah perkahwinan.
Memberi cinta dengan bahagia..
Memberi cinta untuk yang sudi menghulurkan setia...

Takut untuk terlalu mencintai?
Takut untuk terluka nanti?
Fuh.. Bahayanya hai hati...

Selamat menambah ilmu.
Untuk belajar bercinta lagi...💓
Untuk terus menjadi wanita bahagia.. Sehingga selepas mati...

Ameen ya Rabb.

#doakanBaytSyaFiy
#DoakanBabySyaFiy

Sabtu, 19 November 2016

Sebuah kenangan terpelihara 3

Bismillah



Ana tahu, apa yang kita pegang adalah sama.

“Kita tidak tahu, sedangkan Allah yang maha mengetahui”

Kedudukan kita 50% - 50%

Tiada hati yang akan diserahkan 100% sebelum akad terlafaz. Mungkin Allah menjanjikan insan yang lebih baik daripada ana, mungkin juga analah insan yang terpilih itu. Pilihan ini berada ditengah, dengan harapan ia terpelihara daripada kekecewaan.


Hakikatnya, masa depan itu satu rahsia tak terjangkau akal kita. yang kita mampu hanyalah berdoa, bertawakkal dan meminta petunjukNya. Moga-moga kita tidak menentukan nasib kita sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau pada kadar masa yang lebih pendek daripada itu.  

Sebuah kenangan terpelihara 2

Assalamalaikum

Bismillah.

Lama dah fikir, cuma x tahu nak terjemahkan mcm mana. maaf kalau shadid. Yang memberi pandangan bukanlah berilmu sangat. Maaf kalau ada ayat yg buat terasa hati. Blh betulkan kalau ada yg silap, ana berlapang dada.

1. "Perkara penting" dalam tempoh ini :
(terjemahan mengikut kefahaman ana)

Ini bukan perkara penting :
> Suka warna apa, tolong doakan perjalanan slmt, etc. ini bukan perkara penting pada ana. Sebb ap ana rasa ini bukan perkara penting.

sebab : perkara tidak penting pada ana ialah, bila tnya kenapa? jawapannya ialah "saja je". Justeru, ia tidak penting. dapat x? k berbelit?
Contoh :
- s : suka warna ap?
- j : knp?
- s : saje je
Perkara yang tidak penting ialah perkara yang tidak ada tujuan yg jelas & pasti utk persoalan itu.

perkara penting :
Melibatkan hal2 yg memerlukan "perbincangan". komunikasi berobjektif jelas. Memerlukan perbicangan daripada kdua pihak.
Ana bimbang :
> 1, 10, 13, 16, 18, 20, 22, 24, 25 november (utk bln nov shj 9x berhubung). Bimbang tiada keberkatan. Untuk hal yg memerlukan utk berhubung ana x kesah. xp lapor "smua" perkara. ana fikir itu tidak perlu? *maaf kalau kasar.

Sebb apa x perlu? - Kita bukan siapa2. Doa ana, bukanlah bernilai mana?


Kenapa banyak sangat ditekankan tentang komunikasi & perhubungan?

ia memberi kesan yg besar. analoginya :-

Bila kita berpuasa, kita teringat nak makan, itu fitrah.cth pada bln ramadhan, teringat nak makan. tambah2 kalau x bersahur. Tapi, kalau pukul 10 pagi, duk asyik tenung makanan, main sedut2 air guna straw dlm cawan. Semua ni sebbkan perasaan makin nak berbuka puasa. Sbb apa? sebb lambat lagi nak berbuka puasa. tapi, awal2 lagi, dah dekat dengan makanan.

Begitu juga situasinya sekarang, itu fitrah. bagaimana menguruskan fitah ini? sms. perkara yg x perlu. main api awal2. ia buat remaja rasa stress untuk nikah. padahal kita dalam tempoh banyak benda lagi yg perlu dipersiapkan diri.

mungkin boleh menterjemahkan sesuatu :


- Nak kenal?
Ada perkara yg PERLU dan penting utk tahu sekarang. & ada perkara yg TAK PERLU dan x penting untuk tahu sekarang.
Sekarang? masanya untuk perkara yang penting & perlu semata. Perkara yang x penting & x perlu? "nanti".

kesimpulanya :
ana masih rasa "kurang enak" dengan perhubungan yg sekian banyak. Alhamdulillah. timeline sudah disusun. Sekarang, fokus kepada keutamaan yg lain. Belajar, self improvment. soal BM. senyapkan seketika (x perlu kut, sbut d wassup?). InsyaAllah. Perlahan2 d laksanakn dgn berstrategi. sama2 doakan.

Falsafah puasa - supaya kita bertakwa & takut kepada Allah. sebb kita x makan bkn sbb x de makann. xp kita memlih untuk menahan sebb kita takut kepada Allah. itu TARBIYYAH yang penting daripada Allah, untuk bina jiwa bertakwa dalm diri kita. kita buat pilihan atas kehidupan ini atas ketakwaan kepada Allah. Kita mampu berkata ya atau tidak dalam pilihan dalam hidup.


Sebuah Kenangan Terpelihara 1

Assalamualaikum wbt.
Salam Lebaran.

Bismillah (Dengan Nama Allah)…
Pertama-tamanya, syukran ala kullihal kerana :
Ø  sangat serius,
Ø  sangat memahami dan
Ø  sangat bersabar.

Asif, mungkin panjang, berfikir-fikir juga untuk mengirimkannya. Supaya jelas tentang apa yang dirasa, maka ana sampaikan juga.
……………..
Sungguh, tak pandai untuk bergaul panjang.
Sungguh, teringin untuk tidak berhubungan langsung tanpa keperluan.
Sungguh lebih bahagia ustaz menyampaikan khabar melalui keluarga. (Update status sebulan sekali, tak jadi masalah.)
Sungguh, bimbang andai kata diri menjadi fitnah pada hati sesiapa.
Sungguh, bimbang ikhlas tidak terjaga.
Sungguh, bimbang ada silap yang memberi kesan pada keluarga yang dibina kelak.
Sungguh, bimbang juga “terlalu menjaga” sehingga hikmah “masa perkenalan” ini diabaikan begitu sahaja.

Ya, ana mencari. Membiarkan diri melakukan sesuatu tanpa faham. InsyaAllah itu bukanlah ana. Jelas memahami semua perkara tanpa ada yang silap, itu juga bukan ana. (Moga-moga semuanya dalam lingkungan Redha Allah).

[Hasil pencarian | Perkongsian demi mengharapkan wehdatul fikr ->  wehdatul amal]

(Isteri Saiful Islam _ Ustaz Hasrizal)

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan muhrim. Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji dimeterai adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Ia hanya dapat disyariatkan dengan akad nikah. Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan alam pertunangan itu. Apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka. Dibuangkan segala prasangka yang buruk yang merugi lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi
Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , perancang keluarga itu perlu.
Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!
Pada budi bicara saya, hadiah dibenarkan sebagai tanda peringatan. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya.
Berikut sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada http://saifulislam.com/?p=1261
Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan. Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama. “Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”, saya menyambung peringatan.
Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.
Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.
Telefon, email, sms… tanya khabar.
Cuma bersederhanalah.
Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering.
Itu sahaja. Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri. Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.
Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.
Ø  Perkongsian seorang sahabat.
Sewaktu belum mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam. Bila sudah mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi lakonan. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam.
Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai ujian, bukan jodoh yang ditetapkan. Allah mahu melihat sejauh mana engkau punya keimanan. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan.


Ø  Tazkirah – Ustazah Fatimah Syarha _ IKIM, Cinta Alat & Cinta Matlamat


Ø   Cinta orang yang beriman itu tidak buta. – Ustaz Pahrol
Kesimpulannya, kita yang perlu bijak mengurus. Sekurang-kurangnya, bila ada pemikiran yang sama, kita mudah terpandu pada cara yang sama, pembawakan dan matlamat yang sama. Kalau-kalau ada yang berlebihan mudah untuk dirujuk perjanjian. Sungguh ana berpegang dengan kata-kata ustaz : “Kita tak tahu siapa jodoh kita, yang kita mampu hanyalah usaha.” Ya, ana angguk setuju (Y). Justeru, ana sangat mengharapkan kita menjaga semampunya. Sebab kita tak tahu siapa jodoh kitakan?  
Selama ini tidak menjaga? Tak, bukan itu maksudnya titipan ini dihantar. Sekadar peringatan bersama, supaya lebih jelas tentang pengurusan dalam perhubungan. “Kalau-kalau” ada yang berlebihan. Lebih mudah untuk stop tanpa berleretan. Semua faham, tanpa perlu huraian panjang. Ada nak tanya apa-apa, boleh list panjang-panjang. Ana lebih prefer untuk jawab semua sekali gus daripada mesej yang berleret. Ustaz boleh je buat biodata sendiri, apa yang ustaz nak tahu (sekadar cadangan).

Apa yang ana suka             : Syukran memahami.
Apa yang ana tak suka       : Ana agak tak suka mesej berleretan. Padat & minimum. InsyaAllah lebih baik.

# Mujahadah | Tutup ruang & peluang syaitan.
# Ada silap, mohon diperbetulkan, ada maklumat tambahan, bolehlah dihulurkan.
# Mohon doa entum.
# Moga semuanya dalam lingkungan kasih sayang Allah.                                 
# Jazakumullahu Khair


Yang mengharapkan redha Allah,
Bintu Fauzi


Sabtu, 5 November 2016

Sebuah RAA

Bismillah.

Sebesar mana.
Nilai sebuah RAA.
Masih belum mampu dihadam dengan baik.

Namun yang pasti.
Menjadi sebahagian.
Daripada penyebab kegembiraan kesayangan...

Pasti menyeronokkan...
Kerana kegembiraannya.
Adalah kegembiraan kita 💓.

Semoga.
Bahagia terus berkekalan.
Dan pilihan untuk terus bahagia atau tidak itu adalah pilihan kita.

Moga Allah pandu...

🌟🌟*TAHNIAH RAA WAFI*🌟🌟

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi pada hari ini lahirnya seorang permata baru yg bersinar di AJ.

✨ Insan yang sangat luarbiasa hebat ini berasal daripada Machang, Kelantan dan merupakan alumni Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Dato Razali Ismail. Kini, beliau masih bekerja dan merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di Damansara Kuala Lumpur.

✨Bermula di AJ pada Oktober 2015 dan pada permulaan beliau di AJ, beliau hampir hilang rentak, hampir berputus asa kerana beliau tidak follow sistem yang betul di AJ. Akhirnya beliau tekad untuk ke Achiever Retreat 13.0 dan menyebabkan beliau bangkit semula serta terus mengorak langkah menaik taraf status syarikat beliau kepada QRAA selepas 2 bulan pulang daripada AR 13.0 iaitu pada 29 Februari 2016. Beliau telah berjaya melahirkan 5 buah syarikat berstatus QRAA dan membuktikan bahawa beliau benar-benar komited untuk menjayakan partner2 beliau.

✨Insan hebat ini merupakan seorang suami dan bakal menimang cahaya mata tahun depan. Beliau berazam kepada isteri beliau untuk menjadi RAA sebelum kelahiran anak pertama beliau❗Ini menjadi pembakar semangat untuk beliau berjuang dan 'buat je!' sehingga bergelar RAA❗

✨Sebelum mendengar peluang di AJ, beliau adalah merupakan seorang individu minda makan gaji. Tetapi setelah beliau jatuh cinta dengan perkembangan, potensi serta sifat kekeluargaan di AJ, kini berubah menjadi seorang yang disegani oleh ahli keluarga AJ. Tidak pernah mengalah untuk berjaya, segala cabaran dilanggar dan diharungi begitu sahaja❗❗

✨Beliau seorang yang berjiwa kental dan memiliki sikap seorang 'FIGHTER' yg sgt kuat. Tanpa melupakan tanggungjawab di sekolah, beliau selalu mengejar referrer  dan tidak jemu mendapatkan ilmu daripada insan hebat yang lain. Walaupun jauh daripada insan yang disayangi iaitu isteri tercinta, beliau terus komit membantu partner dibawah rangkaian beliau di sekitar Kuala Lumpur, Senawang, Melaka dan Johor. Sentiasa ulang-alik KL - JB setiap hari untuk membantu dan memastikan partner-partner beliau sentiasa berjaya di AJ. Semangat serta kegigihan untuk menjayakan partner sangat-sangat dikagumi kerana selepas habis sesi persekolahan beliau terus turun ke JB,Senawang,Selatan Tanah Air walaupun keesokan harinya bekerja demi menjayakan partner-partner tercinta. Dengan memiliki sikap good follower, akhirnya beliau adalah seorang good Leader yang sangat dihormati dan menjadi sumber inspirasi kepada semua partner di bawah rangkaian beliau.

✨Beliau juga sentiasa komit 100% sistem di AJ. Beliau sentiasa meletakkan diri dalam keadaan zero untuk terus belajar benda baru daripada semua mentor di AJ. Beliau sentiasa Planning, Act, Do, and Review bersama referrer dan juga RAA Beliau.

✨Berbekalkan kepercayaan yang tinggi terhadap referrer, RAA, potensi hebat AJ, sistem yang berkesan, berkeyakinan tinggi apa yang diaturkan oleh RAA's beliau, akhirnya...

✨Kini genap 1 tahun beliau di AJ, syarikat beliau *WARFIELD GLOBAL Enterprise* berjaya mencapai status yang menjadi impian buat kita semua iaitu *Regional Affiliate Agency (RAA)* pada *31 Oktober 2016*.

Beliau yg dimaksudkan ialah:
*RAA ABDUL WAFIY BIN HASBULLAH*  ❗❗❗

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
       Tahniah *RAA Wafiy*❗❗
            (019 904 0524)
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Kejayaan anda pasti memberi inspirasi kepada seluruh warga AJ supaya tak pernah menyerah kalah dalam perjuangan.

PMD:
QEJ GAA HAFIZ
RAA EAST & ZAI
QGAA SYAKIR
RAA AZLI
GAA NAJMI
RAA SAFWAN
RAA EPI
RAA AWAN

cc:
All GAAs, QGAAs, RAAs, QRAAs
All AJ Family

TAHNIAH
RAA KEKASIH SYURGA.

#fightUntukSyurgaTertinggi!
#Bismillah
#I💓U

Jumaat, 4 November 2016

Tiada

Bismillah...

Manusia.
Yang tak punya apa.
Takkan mampu memberi apa².

Lakaran kata.
Mustahil akan tertulis.
Tanpa buah ilmu dari membaca dan mendengar.

Lama rasa berehat.
Moga bukan kerehatan yang merugikan umat.

Masa masih ada.
Untuk menyusun semula tindakan.

Jangan tunggu sehingga masa.
Habis dalam kesia-siaan...

Dan bila tiada manusia..
Beroleh manfaatkan daripada diri...

Ruginya..
Sedang orang lain berlumba memberi..

Umm...