Rabu, 29 November 2017

Nota usrah nisa 1

1. Buat tabung gembira. Untuk kita hargai kehidupan kita

2. Jangan jauh dari syukur

3. Ambik masa untuk diri sendiri

4. Plan!

5. Say alhamdulillahhhhhh!

Syukur! Allah rezekikan sampai ke usrah nisa ini. Usrah yang membuka minda untuk positif dengan diri. Tolong happy dengan diri sendiri. Tolong rasa yang diri kita ni bagus!

Opsss

Bukan over bagus!

Tapi yakin yang diri kita ini sudah baik. Dalam masa yang sama. Kita tambah baik lagi diri!

Go go go!

Ahad, 12 November 2017

CHICKEN GRILL

Bismillah...
.
Sebab dapat suami omputeh.
So kena belajar lebih sikit la masakan omputeh. Kihkihkih
.
.
Jagan marah b.. hehe
.
.
.
Tq kak malina. Saya simpan kat ni ye. Mudah nk masak nnti.

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
By : Malina lina pg linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan: 
4 keping whole leg (debone) 
1/2 kiub ayam 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee) 
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 
1cm halia(tumbuk kasar) 
Lada hitam, lada sulah 
Sedikit olive oil 

Cara-cara 
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
LiNa Pg cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. 
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah 
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis. 
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. 
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering 
Perap daging paling kurang selama 1 jam.LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best 
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus 

MASHED POTATO
By Malina lina pg
Bahan-Bahan: 
3 biji kentang besar (~1kg) LiNa Pg guna kentang Russet
2 sudu besar mentega 
1/4 cawan susu segar 
Serbuk Lada hitam kasar (jika suka) 

Cara-cara : 
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek) 
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

SOS BLACK PEPPER 
By Malina lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak) 
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap. 
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel. 
Masukkan air.Kacau sebati (LiNa Pg guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam 
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar 
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Sumber rujukan ke 2

http://samida74.blogspot.my/2012/11/grilled-chicken-chopcoleslaw-dan-sos.html?m=1

Nanti kita up gambar bila dah siap. Hehehe

Selasa, 10 Oktober 2017

LALA KAM HEONG

Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah!

Fav resepi yg selalu kawan berbangsa cina ajarkan! Nyum..

Bahan-bahan :
- 1/2 kg Lala
- 1 sudu besar udang kering ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang putih ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
- 6 tangkai cili kering ( potong halus )
- Beberapa tangkai daun kari
- 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes
- 1 biji bawang besar ( potong besar )
- 1 sudu besar kicap

Cara-cara :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.
3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.
4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.
5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.
6. Masukkan lala dan bawang besar tadi.
7. Goreng sehingga anda rasa lala masak.
8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

Like & Share
Resepi Viral Terbaik
Viral D Viral

Rabu, 4 Oktober 2017

Mango chicken

CHICKEN MANGO MEMIKAT HATI SUAMI😋

.
.

RESEPI

Ayam (bahagian peha/dada)
Tepung goreng bestari
Minyak utk deepfry

CARA-CARA

Panaskan minyak
Celup ayam dalam tepung bestari
Goreng sehingga kekuningan

Parut mangga muda,  hiris sedikit bawang besar, 2 biji cili api, daun ketumbar untuk hiasan

SOS

Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong sikit
Garam
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan. Adjust garam gula ikut citarasa

Siap!

Makan dengan nasi panas-panas fuhh😍

Selasa, 3 Oktober 2017

Ahsanu amala

Bismillah

Puas hati!
.
Bila boleh buat kerja sepenuh hati
.
Alhmdulillah
Bertemu pasangan hidup sekufu
.
Jenis yang buat, buat sampai siap, buat, buat sampai cantik!
.
Urusan dunia cunnnn. Yang terbaik
.
.
Urusan akhirat apa kabar?
.
Buat urusan duni terbaik, supaya dipandang baik pentadbir atau manusia
.
Sedang kita sedia sedar
.
Ada pandangan yang lebih perlu diutama
.
Ah.. peduli apa pandangan manusia?
.
Cukuplah pandangan yang Maha Besar, Yang Maha Kaya...
.
Kan?
Pasti hidup sentiasa CEMERLANG!

Bismillah...
Mari melangkah dengan kanan.

Ahad, 24 September 2017

Keluarga contoh

Sekalung tahniah buat Ust Dato'Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny...serta anak-anak.

Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat2 mengagumi cara, uslub serta  pendekatan pendidikan anak-anak mereka.
TEGAS DALAM SANTAI🌸🌸

Terbaharu , anaknda sulungnya Anas, kini mahasiswa Uiam,  telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.

Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.

Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam Kelantan.

Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang  diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .

Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ust. Dato' Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :
💚 Solat jemaah di masjid setiap waktu
💚 Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari
❤ Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman
❤ Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka
🌹 Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana
🌹 Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru
🌻 Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah
🌻 Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah...

Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah...

Khamis, 3 Ogos 2017

Saat Susah

Bismillah
.
Bila hati rasa gundah
.
Doa selalu beralun berulang ratibnya
.
Sebab apa doa? Kerana semua hal dalam dunia tiada manusia yang mampu bantu apa2 melainkan Allah semata mata
.
Ya boleh kita cerita pada manusia mengharap ihsan simpati belas
.
Namun sejauh mana?
.
Manusia biasa hanya mampu mendengar bersimpati sahaja
.
Hanya Allah tuhan pemilik segalanya yang mampu mengurniakan sebenar ketenangan
.
Saat sakit. Siapa yang mampu kita harap? Dr? Pastinya bukan!
.
Saat gagal ujian... siapa yang boleh bantu? Guru? Juga pastinya bukan!
.
.
Semua perlu kembali kepada Dia yang maha kuasa.
.
MANA ALLAH DALAM HIDUP KITA?

#Aduh!

Ahad, 30 Julai 2017

Soal hati

Bismillah

Bila bercakap soal hati
.
Ia perkara yang sukar untuk dikawal
.
Soal kecewa
.
Soal sedih
.
Soal bahagia
.
Semua persis bercampur tanpa terkawal
.
Keliru sendiri dengan rasa sendiri
.
Namun keyakinan ku satu
.
Agama ini pasti membela rasa yang membahagiakan jiwa!
.
Pasti, cuma ilmuku sekangkang kera menjadikan rasa ini bercampur aduk menjadikan kata yang tak tergambar pada dunia
.
Berbalik pada agama
.
Pasti jawapannya bahagia!
.
Sungguh aku rindukan taman syurga, majlis ilmu yang bertebaran ada di merata kiri dan kanan ku.
.
Cuma belum lagi menemui jemputan, belum terpilih untuk menghadirkan diri
.
Moga Allah sampaikan... aku ke sana
.
Menguatkan semula kekuatan aqidah, menjadi teguh tanpa goyah
.
Dunia sementara....
.
Akhirat kekal selamanya....
.
Allah hu Akbar!

Rabu, 19 Julai 2017

Rasa susah dan payah

Bismillah

Alhmdulillah ala kullihal

Rasa Susah dan payah yang Allah kirim rupanya tarbiyah
.
Mengajar untuk senang perlukan pengorbanan
.
Sebab susahlah diri mencari dan belajar serta terus belajar memaknakan sebuah kehidupan
.
Pengakhiran dunia adalah sebuah kematian
.
Sama seperti aku sedang menyusun mencari dan mengkaji dengan baik sebuah kehidupan dunia
.
Mengurus belanja Dan rumah agar cantik Dan baik
.
Semoga kematian ku juga mampu di susun dengan baik Dan cantik
.
Moga terpilih mendapat mati yang baik
.
Meskipun diri penuh kekurangan Dan kekhilafan, namun impian untuk pengakhiran yang baik pasti dijadikan agenda kehidupan!
.
Hidup hanya sementara
.
mati itu sangat dekat
.
Entah bila

#salingMendoakan

Rabu, 5 Julai 2017

Berangan lagi!

Bismillah....
.
.
Hari ni saya berangan lagi!
.
.
Ahaks... Cita2 terdekat saya. Nk miliki 1 rumah d kl & 1 rumah di Kelantan...
.
.
InsyaAllah untuk pelaburan!
.
.
Boleh. Pasti boleh.
.
.
Moga kestabilan makin mendekat...
.
.
Untuk bayt syafiy tersayang
.
.

#beranganTuPercuma

Selasa, 20 Jun 2017

Pengalaman urus duit keluarga

Bismillah
.
.
Rezeki berkat tu akan cukup
.
Kena yakin
.
Jimat perlu, cuma kedekut je jangan
.
.
Selalu sangat bila uruskan kewangan keluarga, rasa macam nak tercabut jantung
.
Sebab kita nak yang terbaik Dan selesa untuk semua
.
Kita ada sikit2 pun cukup lah, yang penting keluarga gembira
.
Selalu dengar anak2 muda sebut... Duit gaji, mesti lah nk reward pada diri!
.
Fuh... I dah janji pada diri, reward I nanti rumah untuk keluarga tersayang...
.
Takpe, susah2 dulu senang kemudian
.
Daripada senang2 dahulu, dan susah selamanya.. Huhu!
.
.
Anak2 Ibu, doakan ibu mampu jadi ibu terbaik untuk kalian
.
.
Jangan tiru apa yang lemah Dan kurang pada ibu Dan walid, ambik yang baik dan menyenangkan sahaja ye anak2 ibu.
.
.
Moga kalian jadi bintang Syurga kebanggan ibu walid

#sabarItuIndah
#PuasaNafsu
#NantikanSaatIndahBerbuka

Isnin, 19 Jun 2017

Hobi baru

Bismillah...
.
.
Umm.
.
Sejak jadi isteri
.
Sejak jadi Mak
.
Selalu sangat usha rumah
.
.
Ya Allah, betul2 teringin nak beli rumah landed. Yang selesa untuk anak-anak...
.
Tak boleh bayang terseksanya anak² nak membesar dalam rumah yang sempit.
.
Moga Allah mudahkan urusan.
.
Hobi sekarang ni. Selalu usha mudah, usha rumah Lelong.
.
InsyaAllah. Allah Maha Kaya, Doa banyak².
.
.
Doa banyak²
.
.
Moga Allah mudahkan urusan ini💓
.
Nk beli rumah kena sabar banyak. Kena simpan duit!
.
Simpan! Kena puasa daripada benda2 best lain..
.
Geram jugak nak beli macam²...
.
Tapi takpe. Sabar 😄

#rumahPertama
#rumahbaytSyaFiy
#TeratakImpian

Selasa, 6 Jun 2017

Mengempeks

Bismillah

Dalam bahasa standard. Mengempeks ialah berleter.
Hee.
.
.
Saya dan dia dua2 suka mengempeks antara satu sama lain. Cuma cara kami sedikit berbeza dari sudut cara dan sisi ngempeks yang kami buat. :p
.
.
Syifa tahu? Wayid suka mengempeks tentang kekemasan, kebersihan dan kecantikan.
.
.
Ibu pulak suka mengempeks tentang pengurusan kewangan Dan pengurusan barang2 rumah.
.
.
Haha.
Kadang2 ibu rasa keluarga kita pelik. Tertukar watak dengan walid.
.
.
Apa² pun its ok!
.
Yang penting saling melengkapi dan berlapang Dada. Dah janji kan? Sudi terima keburukan Dan kelemahan.
.
.
Ibu selalu doa. Moga Allah jaga sampai Syurga. Tolong doakan jugak tau!

#IbuSayangSemua
#MengempeksItuRespiBahagia

Ahad, 4 Jun 2017

Masa yang berkat

Bismillah

Tiba2 rasa macam nak simpan kenangan.
.
Tentang seorang ustaz ni. Ehem! Bukan kenangan yang bukang2 hokkey. I admire sorang je ustaz dalam hidup ni. Ustaz Wafiy. Haha.
.
.
Okbai.
.
Baik, balik semula pada ustaz yang nak dikongsikan. Beliau seorang pensyarah. Masanya masyaAllah berkat.
.
Dia ada berpuluh group wasep khusus untuk masyarakat umum bertanya masalah harian secara direct. Ustaz akan balas satu persatu.
.
Bagusnya ustaz. Betul2 teliti, selalu sangat terfikir mcm mana ustaz uruskan masanya.
.
Satu hari ustaz maklum dalam group, siapa nak betulkan bacaan alquran, boleh rekod suara Dan hantr padanya. MasyaAllah!
.
Sempat ye ustaz teliti satu persatu.
.
Kita?
.
.
.
Hemm.
Boleh tengok orang yang berkat masa, boleh buat banyak benda. Sedang orang yang tak berkat masa. Satu apa pun tarak jadi. Sikit pun tarak sumbang untuk agama.
.
.
Aku lah tuh...
.
.
.
Ayoyo!

#jomCemburuPadaOrangMacamNi

Isnin, 22 Mei 2017

Affiliate junction scam?

Bismillah...

Lama mencari, kenapa orang cakap affiliate junction scam?
.
Dari sudut mana dia scam?
.
Penipu? Mlm?
.
.
.
Oh my! Apa ni. Betul2 tak nak benda yang tak berkat masuk dalam keluarga.
.
.
Bila teliti betul². Bila pm direct tanya orang yang cakap aj scam. Semua tak boleh terangkan betul² juz sekadar sipi3.
.
.
Hum?
.
Bila dengar dan perhati. Sistem AJ x salah, yang salah adalah orang yang buat agensi, ad yang kongsi bukan untuk Bantu, tapi untuk tipu.
.
Perhatian! AJ bukan skim cepat kaya, letak duit dan duit akan bergerak sendiri. No! Dalam AJ, perlu bekerja, bekerja menyampaikan kelebihan kepada pengguna Dan pekedai.
.
Sebab itu, every performance get rewarded.
.
.
Banyak mana kita usaha dan sampaikan pada orang, sebanyak tu lah kita akan dapat.
.
.
Sistem ni sangat cantik, namun atas faktor orang yang buat agensi secara tidak beretika & orang yang ditipu langsung x study? Juz ikut? Heeemmmm.
.
Kalau kita tengok, insurance @ takaful? Ad tak orang marah? Ad! Sebab apa? Sebab agennya tak beretika, sama jugak dengan AJ, sebab apa AJ nampak buruk pada sesetengah orang? Sebab segelintir makluk yg tak bertanggungjwb ni lah.
.
.
.
Hemmm.
.
.
Kalau ada perkongsian, kenapa AJ ni scam, boleh direct pm sy 0194360711 teringin nk tahu. Apa pandangan kalian.

Khamis, 18 Mei 2017

Nota 1 (ibu)

Bismillah. Semoga Allah kurniakan ilmu berterusan buat ibu Dan walid. Menjadi ibu ayah terbaik buat kalian ank2 ibu💓

--------------------------------
Assalamualaikum admin..  Hanya untuk peringatan bersama.. 

Simpanan Anak

1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
😎 Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Kredit : Nur Izah

Isnin, 24 April 2017

Terima kasih awak

Bismillah...

Syifa' tahu tak.

Alahan mengandung...
Melahirkan...
Berpantang...
Semua tu tak mudah.
Kesakitan tu terlalu banyak untuk diceritakan. Huhu.

Kadang-kadang ibu risau walid tak faham Susah yang ibu rasa. Ibu risau kalau walid ingat ibu sesaja mengada-ngada.. Haha..

Tapi.
Tadi. Satu tindakan kecil walid buat semua sakit ibu, ibu rasa walid ada bersama ibu. Terima kasih Allah!

Ibu berpantang ais. Setahun. Sebab Katanya ais ni bisa. Boleh buat urat2 jadi sakit.

Al kisahnya masa kenduri tadi, Tok pah buatkan air.. Wahhh sedap. Tapi ibu tak sempat nak ambik. Sebab Tok Pah dah campur dengan ais. Waaa... Syahdu betul ibu...

Tiba-tiba2 walid hilang.

Ingatkan pergi mana. Gigih pergi carikan air yang ibu boleh minum. Kesian tengok ibu mungkin.

Wahh..
Tq walid.

Saja ibu tulis dekat sini.
Ibu bimbang ibu lupa kebaikan walid yang banyak 😄

Ya Allah. Jagakan dia untuk ku 💓
Cinta ini. Aku lepaskan ia berada dalam jagaanMu.

Jumaat, 21 April 2017

Posting guru kuala lumpur

Bismillah...

Pertama tamanya...
Yahooo! Dapat posting key El. Haha. Sebab dekat dengan suami. Boleh la jadi happy family ever after 💓 ameen.
.
Umm. Tapi tahu Dah. Kena banyak sabar duduk KL. Sabar catu duit. Sabar hadap jem. Huhu.
.
Dan sekarang rasanya memang tak nampak Jalan nak balik kampung pun. Menetap beranak pinak kat key El Dah rasnya.
.
Fuhh.. Banyak benda kena fikir. Banyak benda kena susun ni.
.
Rumah. Dalam kepala sekarang nampak rumah je. Huhu. Sebab apa? Sebab tak best langsung menyewa! Dah la mahai bapak. Haha. Lepas tu rasa macam sia-sia je bayar. Kuikuikui.
.
Tapi takpe. Semua tu pengalaman. Sekarang ni kena set betul². Kena banyak Tanya orang. Mcm mana nak beli rumah.
.
Doakan okey. Mampu beli rumah pertama cepat². Baru boleh fikir next step utk rumah kedua ketiga. Huhu. Sebab sekarang harga rumah naik mendadak. Wowww. Berdebar tengok. Takut tak mampu nak beli.
.
InsyaAllah. Kena fikir untuk kumpul duit je dulu sekarang ni. Rm 20K paling kurang.
.
Kena banyak la fikir. Sebab nak beranak pinak kat key El ni kan.. Huhu 😂
.
Doakan kami ye 😍