Ahad, 6 Disember 2015

Aku terima pinanganmu

(Aku ketua bidadari syurga)

Bahagian 4:-


Masa persis pantas belalu. Hati Haura masih begitu. Kekal dengan prinsip tidak pernah goyah. Pensyarah berkali-kali bercakap isu perkahwinan.

"Perempuan jangan sombong sangat, nanti dapat driver lori. Ustaz ada kawan yang kawin dengan driver lori. Asal pakai tudung labuh. Tapi suami pakai seluar pendek, terus tukar penampilan diri. Ish... Ish" Ustaz Rohadi membuat selingan pengajaran.

Hati Haura tersentuh. Hati Haura berdebat. Akal Haura ligat mencerna. Kesimpulan baginya, bukan masalah driver lori. Tapi siapa driver lori itu. Kalau driver lori yang soleh. Apa masalahnya kan? Haura mencerna. Baginya, soleh dan musleh itu penting. Ia aset utama untuk menjadi suami dan ayah yang baik. Haura tidak peduli tentang apa pekerjaannya. Baginya, itu tidak utama. Seorang yang soleh dan musleh, pasti punya akhlak dan takwa. Akhlak dan takwa ini yang akan menjaganya. Akhlak dan takwa ini yang akan membentuk kebahagiaan keluarganya. Haura yakin. Ini adalah asasnya.

Ya. Akhlak dan takwa.

Tentt. Tentt.

"Assalam. saya serius ingin bertaaruf dengan awak. Untuk jadikan awak isteri" Bunyi mesej Arifin kepada Haura.

Haura mendegus. Sekali lagi. Hurm...

"Wsalam. bagi saya masa" Haura membalas.

Haura membuat istikharah. Baginya, Arifin serius dan berterus terang. Dia perlukan lelaki yang begitu. Namun, Allah perlu didahulukan.

Selesai melaksanakan istikharah. Hati Haura masih belum tenang. Persis ada yang tidak kena.

Banyak buku-buku yang memberikan ilmu kepada Haura untuk melalui fasa-fasa ini dengan bijaksana. Dia tahu istikharah dan istisharah berpisah tiada. Justeru, Haura bersegera, bertemu sahabat baiknya, bercerita tentang apa yang berlaku.

"Badariah, cuba awak baca SMS ni" Haura menghulurkan SMS Arifin.

"Serius.. Huhu" Badariah membalas.

"Umm, walaupun saya sekelas dengan Arifin, tapi saya tak kenal akhlaknya. Saya tak tahu peribadinya. Awak tolong saya boleh?"  Haura menyusun kata. Pilihan yang terbaik perlu dilaksanakan untuk mencari Imam terbaik bagi keluarganya.

"Ye,ye. Saya faham. Macam mana saya boleh tolong awak Haura?" Badariah memberi respon yang sangat memahami.

"Macam ni, saya nak minta awak tolong tanyakan mana-mana kawan lelaki kita tentang akhlak Ariffin" Haura minta difahami

"Boleh, boleh. Saya faham. Nanti ada maklumat saya bagitahu ye" Badariah memberi respon baik dan menenangkan hati Haura.

"Alhamdulillah. Terima kasih sahabat!" Balas Haura pantas.

******


"Haura, saya dah dapat jawapan" Badariah menghantar 1 SMS ringkas kepada Haura.

"Betul? Jom jumpa. Saya sampai jap lagi" Balas Haura.

******

"Badariah, macam mana?" Haura teruja untuk tahu jawapannya.

"Macam ni, kawan lelaki kita cakap, Ariffin ni suka chatting dengan perempuan. Dia ada ramai kakak angkat. Kawan lelaki kita tu, selalu nampak dia chatting dan call perempuan, kakak angkat dia." Badariah menjelaskan.

"Alhamdulillah" Haura tersenyum, syukur kerana dia mengambil jalan untuk merisik akhlak lelaki berkenaan. Dia bukan mencari yang sempurna. Cukup yang setia. Tidak curang sejak sebelum nikah. Justeru, akhlak-akhlak ini perlu dia ketahui. Haura senyum mengucap syukur.

Tanpa melengahkan masa, Haura terus mengambil telefonnya. Satu SMS ringkas dikirimkan kepada Ariffin.

"Assalam. Maaf, saya tidak bersedia. Semoga Allah kurniakan kebaikan kepada kita." Hati Haura tenang menghantar SMS berkenaan.

Baginya, dia tidak akan memberi harapan palsu. Dia akan setia untuk yang setia. Dia akan sabar untuk yang sabar. Dia akan membahagian untuk yang memberi bahagia. Haura berjanji dengan dirinya sendiri.

Lelaki. Cara menyayanginya adalah dengan menjadikannya lelaki yang baik dan soleh. Bagimana caranya? Dengan perempuan menjaga diri, memahalkan diri. Supaya lelaki juga mahal untuk memiliki si mahal.

Semoga, semoga Allah menjaga hati jejaka-jejaka pejuang Islam.

Ameen!


Jumaat, 4 Disember 2015

Aku terima pinanganmu

(Aku ketua bidadari syurga)

Bahagian 2:-

Kalut dengan tugasan. Tangan ligat menekan anak-anak "keyboard". Khusyuk dia meneliti isi-isi yang perlu dimasukkan dalam tugasan. Adat sebagai pelajar, akan ada masanya, masa di "serang" dengan tugasan yang bertimbunan. Haura menarik nafas, berhenti seketika fokus kepada tugasan.

Klik, klik...

Bunyi fb messenger.

Azfar memberi salam pembukaan. Dalam hati sedang berbaik sangka, Haura membalas dengan biasa. Mungkin ada hal mustahak. Haura membisikkan di dalam dada.

"Wassalam. Ye?" Haura bertanya. Ringkas dan padat, seperti biasa.

"Sihat?" Azfar meneruskan ayat.

"Alhamdulillah, sihat. Kenapa ye, ada apa-apa boleh tolong?" Haura masih lagi bernada baik sangka,

"Tak, saja" Azfar membalas.

"Oh, ok, tak apalah kalau macam tu" Haura terus menutup perbualan.

Laju, Haura mengambil tindakan untuk offline. Baginya, tiada masa untuk bermain-main. Masanya berharga. Tidur adalah lebih baik daripada melayan perkara yang baginya sia-sia. Tiada matlamat. Tidur sekurang-kurangnya akan menyegarkan kembali keletihan badan. Berbalas-balas chatting, apa manfaatnya? Haura tegas dengan dirinya sendiri.

Tugasan yang masih berbaki diteruskan. Walupun malas menerpa berkali-kali, namun Haura semangat! Malas perlu dilawan, bukan dituruti. Sakit sedikit namun akhirnya akan membuahkan kemanisan. Haura yakin. Kesilapan menangguh kerja sebelum ini cukup menyakitkan baginya. Cukuplah ia menjadi pengajaran. Tiada lagi pengulangan.

"Mukmin yang baik tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama dua kali", Sekali lagi, Haura bertegas dengan diri.

Keesokannya, Haura mendapat icon dan emotion yang pelbagai daripada Azfar. Haura sendiri keliru dengan apa yang berlaku. Hatinya tidak sedap. Dia benci dengan apa yang dilihat. Dia benci melihat lelaki yang lemah. Ini bukan akhlak Islam. Haura yakin. Ini semua pengaruh televisyen. Kasihan remaja. TV mendidik, tindakan sebegini adalah tindakan yang comel dan manis, kononya. Tapi tidak pada Islam.

Sebanyak mana kemanisan cinta itu diambil sebelum nikah, maka sebanyak itu jugalah kemanisan itu akan hilang selepas nikah. Haurah benar-benar tekad, dia tidak akan mengizinkan perkahwinanya tawar kerana terburu-buru ingin merasakan manisnya itu sebelum nikah.

Haura mengambil tidakan untuk tidak melayan semua fb messenger daripada Azfar. Dia benar-benar sayang pada semua muslim. Dia berdoa, semoga Azfar kuat. Menjadi lelaki yang kuat iman. Haura benar-benar berdoa, suapaya dia tidak menjadi fitnah kepada hati lelaki.

"Allah, jagakan hati-hati lelaki ini, mereka perlu kuat untuk menjadi Muslim kecintaan-Mu". Haura merintih sendiri.

Semua kerana sayang.



Khamis, 3 Disember 2015

AKU TERIMA PINANGANMU

( AKU KETUA BIDADARI SYURGA)

Bahagian 1:-

Haura ralit membaca satu persatu mesej kiriman kenalan lelakinya. Otak ligat berfikir, apa sebenarnya sedang berlaku, persis watak di dalam drama. 3 lelaki hampir serentak ingin melamar. Namun caranya sahaja yang berbeza.

Tentt.. Tentt..
(1 SMS masuk)

Lelaki 1: Awak, habis belajar bila?
Haura: Lambat lagi, 4 tahun lagi, kenapa?
Lelaki 1: Umm, ok. kawin.
Haura: Maksudnya? Kawin?
Lelaki 1: Emm. aah. nak ajak kawin.

---- Allah, Allah ------

Antara tidak mahu memutuskan persahabatan dengan tidak mahu memberi harapan. Haura berusaha sedayanya menyusun perkataan terbaik demi sebuah persahabatan.

Haura: (tarik nafas, hembus) Enta nak berani call abah ana?
Lelaki 1: Tak berani.
Haura: Enta dah ada perancangan?
Lelaki 1: Belum
Haura: Maaf, ana memerlukan seorang lelaki yang boleh membina sebuah keluarga. Tahu bagaimana untuk membina anak-anak. Ana tak perlukan yang sempurna. Tapi ana perlukan seorang yang berusaha. Maaf. Ana tak berani untuk beri harapan. Antara kita tiada apa-apa. Kalau ada jodoh, adalah. Antara kita, tak terikat InsyaAllah. ana harap enta faham.
Lelaki 1: Ok.

Prisnsip Haura memang terkenal dengan prinsipnya, kalau mahu melamar, hubungi wali, kerana hanya itu sahaja tanda serius dalam perhubungan. Haura gadis biasa dan sederhana, namun mungkin wataknya yang lembut mengusik hati ramai jejaka.

Watak Haura terbina atas dasar cinta kepada semua masyarakat Muslim. Dia sangat sensitif tentang lelaki dan perempuan. Dia sangat benci melihat lelaki dan perempuan lemah dengan nafsu dan serakah. Benda yang paling dia benci adalah SMS yang tiada matlamat, antara lelaki dan perempuan. Baginya, SMS ini akan melemahkan jiwa. Lelaki yang berwibawa sudah terlalu sedikit. Jadi, beliau perlu membina seramai mungkin lelaki-lelaki yang berwibawa dengan menjaga pergaulan sebaiknya.

"Kasihan lelaki", itu keluhan Haura setiap kali melihat lelaki-lelaki "gatal" yang persis kehausan kasih sayang.

Semoga kalian kuat, menghadapi ujian perempuan.

Aku doakan,
Haura.



Isnin, 30 November 2015

Pertunangan - Menanti itu keperitan

Bismillah.

Zon bertunang.
Bukan zon yang mudah.
Namun bukan juga zon  bermudah.

Ia zon yang memerlukan ilmu.
Ia zon yang mengharap kepada pengisian yang mantap.

Kerana ia zon terakhir sebelum melangkah.
Ke zon PERKAHWINAN.

Penyatuan 2 individu yang berbeza.
Berbeza peribadi.
Berbeza hobi.
Berbeza kemahiran.
Berbeza banyak benda.

Namun.
InsyaAllah.
Semoga tujuannya sama.
Kerana tujuan inilah asas segalanya.

Daripada tujuan inilah
yang akan menyatukan.
Sehingga larut, tak dapat dipisahkan.

Biasalah.
Zon ini penuh dengan kerinduan.
Zon ini penuh dengan sangkaan.
Zon ini penuh dengan perasaan yang bercampuran.


Itu biasa.
Kerana adatnya.
Masih belum berhadapan.

Namun.
Islam mendidik.
Jalan cinta kerana Allah.
Asasnya adalah IMAN.
Tujuannya adalah IBADAH.
Dan Jalannya adalah MUJAHADAH.

Semoga.
Penantian yang perit.
Akan membuahkan kemanisan yang ajaib.


Allah.
Menjanjikan terlalu banyak kenikmatan.
Untuk mereka yang sabar.

Nikmat keberkatan itu.
Hanya layak untuk orang yang sabar.

Semoga.
Aku, kamu, mereka, dan semua.
Si penyabar itu.

Ini akhlak islam!


#Alhamdulillah
#AllahLuvYou

Isnin, 21 September 2015

"Senyum" ubat cinta Mr. F

Dear Mr F!

Mohon jangan mendekat.

Saat Mr. F (futur) datang mendekat.
Mujur ada ukhti kebahagian mengubat.
Bimbang berlama-lama berkhalwat bersama Mr. F.


Tolong.
Tak hingin rasanya menjadikan Mr. F pasangan sampai hujung nyawa.

Ukhti kebahagian.
Terima kasih kerana hadirkan nasihat.

Saat ditanya.
Apa ubat?
Ubat terkena cinta Mr. F ini.
Terasa ingin bersama dengannya.
Berlama-lama denganya.

Jawapannya mudah.
Senyum :)

Senyum?
Haru rasa dada.
Sesak rasa jiwa.

gurau k?

Saat dicuba.
Betullah ye.
Senyum membantu .
Merawat penangan cinta daripada Mr. F...

Laju Mr. F meninggalkan diri.
Pergi menjauh.
Oh. 
Rupanya Mr. F sayang pada:

Si negatif
Si pasif
Si lemah
Si Malas

Bye!
Bye! 
Bye!

Pergi menjauh!

^_^