Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>
Assalamualaikum <Salam sejahtera ke atas kamu>
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah ^_^
Bahagianya hidup apabila dunia dipandang dengan kaca mata tarbiah.
Semua ujian dunia akan dilalui dengan bahagia, meskipun wajah berat menanggung lelah ^_~
Tarbiah washing machine?
Kisahnya bermula apabila diri terpaksa menjadi suri di Bait ZiLah.
Suri rumah sepenuh masa, tanpa bantuan sesiapa. Kemahiran memasak yang minimum dan pengurusan rumah yang masih ditahap isteri "pelatih" - kuikui~ , menjadikan diri ini perlu berusaha bila mana seorang adinda terkena serangan sawan tiba-tiba. Umi & Abah terpaksa berjaga di hospital. Mandat penjaga di rumah jatuh kepada saya, yang paling tua ketika itu. Allah.
#Mengemas.Membasuh.Memasak.Memujuk.Berleter.Marah.Sabar.#
Semua ini perlu diuruskan sebaiknya.
"LETIH", 0PS... Silap.... "SANGAT LETIH".. huhu u_u * (dalam fikiran terbayang-bayang.. Allah.. Hebatnya Umi & Abah menguruskan kami semua).
....................... Tiba-tiba........
Diri diberi nikmat tarbiah lagi. Tarbiah kesabaran.
Sambil memasak. Kain perlu dibasuh. Makin bertimbun. *Kalut*. Alhamdulillah. Mesin basuh besar boleh memuatkan banyak kain kotor.
|NAMUN!|
Jeng.. jeng.. jeng....
Untuk 'spin' kain tersebut. hanya boleh masukkan tiga helai sahaja kain. Jika tidak, "gedung,gedang,gung,gang,gung,gang" bunyinya (maksudnya mesin ni tak boleh masukkan banyak kain untuk spin.) Allah, bayangkan, diri yang sudah sangat letih, ditambah pula dengan tarbiah ini.
~Sabar... Sabar.. hati dipujuk-pujuk~
Moral of the story : Diri ini perlu belajar banyak lagi & perlu persipkan sebaiknya, kata nak jadi anak yang solehah, ibu yang berakal dannnn.... Isteri yang disayangi ^_^
so, Fighting! ~ Fighting 4 mardhatiLLAH. InsyaAllah :)
j0m! fighting sama-sama ^_^
Sekadar itu dahulu ye. Jumpa lagi nanti.
Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah & Surah al-asr
(Insyallah, untuk t0pup mana yang terkurang & terlalai) - Wallahua'lam.