Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini nak conteng blog ni,
dengan angan yang nak dicapai sebelum umur 35 tahun.
Macam mana cara nak capai tu, masih belum dilakar.
Cuma baru nak melakar apa yang nak genggam sebelum umur 35 tahun.
InsyaAllah. Kalau Allah panjangkan umur.
SEBELUM 35 TAHUN.
sekarang 26 Tahun.
Ada 9 tahun lagi.
PERTAMA: RUMAH YANG SELESA
Nak ada Rumah Landed di Kuala Lumpur.
Tak nak rumah yang jauh dari KL.
Kalau bukan Landed sekali pun.
Rumah tu mestilah luas dan selesa untuk didiami.
Mungkin condo?
Harga sekarang. koman-koman harga dalam RM 600 K.
Bulan-bulan kena bayar RM 3000. mana nak cekau duit?
Moga-moga Allah bantu dan pandu.
InsyaAllah, kalau kita nak. Allah akan bantu kita. Yang penting kena usaha!
KEDUA: 2 RUMAH PELABURAN
Ada orang buat target. setiap anak, satu rumah. Nak buat macam tu jugak. tapi tak jumpa cara dan jalan lagi. Sedang belajar dan sedang mengumpul modal untuk bermula. Doakan Allah mudahkan segalanya ye.
KETIGA:SIMPANAN 6 BULAN GAJI.
Kalau sekarang gaji dalam RM3000. So kena ada berapa lebih kurang simpanannya?
RM 18000. Fuyoo. bila entah nak cukup simpanan tu. Boleh.... Jangan joli kuat sangat. mohon rajin-rajin menyimpan >_<....
KEEMPAT: SIMPANAN BULANAN YANG TETAP.
Simpanan bulanan yang tetap ni penting. Untuk menunjukkan kestabilan diri kita. Bila kita ada simpanan. Tu menunjukkan yang kita ni dah dewasa. Bila kita susah. Kita dan ada backup plan untuk diri kita. Tak adalah kita nak meminjam ke sana ke sini. Sebab apa? Sebab kita dan matang. Jadi nak jadi orang matang. Kena pandai merancang kehidupan. Kita uasah setakat daya. Dan jangan lupa serahkan hidup kita pada Dia. Allah yang Esa.
KELIMA: KERETA YANG MEMUASKAN
Sekarang pakai dulu kereta Myvi tu. Tu pun pada Aish dan cukup selesa sangat. Aish tak fikir lagi. Kereta apa yang akan kami beli untuk kereta yang lebih besar nanti. Buat masa sekarang. Sebuah kereta tu dan cukup dan dan selesa sangat dah. Nanti dah tiba masanya baru fikir balik apa kereta yang lebih sesuai untuk kami. Masa tu mesti dah keluar macam-macam jenis kereta kan kan. hehe
Ok.Hari ni, tu je dulu untuk diangankan. Nanti kita sambung lagi berangan dan merancang. InsyaAllah. hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan