Selasa, 11 Jun 2013

Air mata - AKU RINDU kamu !

Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>
Assalamualaikum <salam sejahtera ke atas kamu>


p/s : Air mata yang di "CEMBURUI"

Usai melunaskan satu tuntutan pentarbiahan diri sendiri dalam satu kem kepimpinan, tiba-tiba diri dilanda masalah jiwa.

[feelingless] =_="

Ya, tiada perasaan. Semua hilang. Kalau dahulunya pantang hadir berita menyebakkan hati, pasti naluri mengasihi lahir dengan sendiri. Lagi, bila dimarahi, air mata laju mengalir di pipi. Itu dulu. Sekarang?

................. Lain Kisahnya .........................

Kawan : Sahabat kita kematian ayahnya.
Saya : Ye? *xde perasaan - sangat menyampah dengan perasaan yang tiada perasaan itu*
Kawan : Sahabat kita ada masalah.
Saya : Ye? *xde perasaan lagi*

Allah.. Ujian apakah ini.
Dahulu, selalu merungut-rungut :

* Monolog sendiri dalam diri : Kenapalah aku ni manja sangat. Sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak nangis. Manja! hayya. Teruk-teruk.

Tapi, satu ketika, bila Allah hilangkan semuanya. Hidup tanpa dia (si air mata), rasa kehilangan. Rasa kerinduan. Benarlah, manusia ini tidak bersyukur. Saat kehilangan, barulah mula tercari-cari kembali apa yang dihadiahi tuhan. Benarlah masih jauh lagi usaha untuk menjadi HAMBA ALLAH YANG TAAT. Masih banyak perlu belajar, masih banyak ilmu perlu diselongkar, masih banyak amal perlu diperkemaskan. Bukan kerana manusia. bukan,bukan,BUKAN! Tapi kerana ALLAH semata-mata. Ya! Kerana Allah.

Satu saat..
Semasa menonton rancangan TV. Sangat menyentuh hati, kisah hidup mu'alaf yang masih muda usianya. Tanpa sedar, kelopak mata bergenangan dengan "dia" yang dirindui selama ini. Ya! Air mata. Air mata yang dirindui. Alhamdulillah (Syukur kepada Allah).. 

Hikmah daripada Tarbiah tidak langsung ini ialah : 
=> Saya mula menghargai perasaan. Berapa ramai manusia yang menghargai perasaan mereka sendiri? Allah, betapa uniknya perasaan yang diciptakan. Menjadikan kita manusia ini sempurna menjadi manusia. Ya! ia satu nikmat. Maka bersyukurlah (u_u)

"Nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?"
=> Lagi, saya menjadi manusia yang punya 2 rasa. Tidak berperasaan & berperasaan. 2 situasi ini mengajar saya untuk berjiwa besar. Menerima kritikan dan teguran dengan matang menggunakan naluri tidak berperasaan. Namun, menghargai Allah, Rasulullah dan semua kecintaan saya di dunia dan akhirat ini, dengan rasa. Ya, dengan nikmat kesabaran.

Situasi ini menjadikan saya manusia kuat! InsyaAllah. Doakan si faqirah ini ye ^_^
-m0ga kita sama-sama terus kuat untuk Islam hendaknya-
-Sayang kalian kerana Allah-

Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah dan Surah al-asr 
(InsyaAllah, untuk topup mana yang terlebih & terlalai) - Wallahua'lam.

Khamis, 23 Mei 2013

Tarbiah "Washing machine"

Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>

Assalamualaikum <Salam sejahtera ke atas kamu>


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah ^_^
Bahagianya hidup apabila dunia dipandang dengan kaca mata tarbiah.

Semua ujian dunia akan dilalui dengan bahagia, meskipun wajah berat menanggung lelah ^_~

Tarbiah washing machine?

Kisahnya bermula apabila diri terpaksa menjadi suri di Bait ZiLah.
Suri rumah sepenuh masa, tanpa bantuan sesiapa. Kemahiran memasak yang minimum dan pengurusan rumah yang masih ditahap isteri "pelatih" - kuikui~ , menjadikan diri ini perlu berusaha bila mana seorang adinda terkena serangan sawan tiba-tiba. Umi & Abah terpaksa berjaga di hospital. Mandat penjaga di rumah jatuh kepada saya, yang paling tua ketika itu. Allah.

#Mengemas.Membasuh.Memasak.Memujuk.Berleter.Marah.Sabar.#

Semua ini perlu diuruskan sebaiknya.

"LETIH", 0PS... Silap.... "SANGAT LETIH".. huhu u_u * (dalam fikiran terbayang-bayang.. Allah.. Hebatnya Umi & Abah menguruskan kami semua).

....................... Tiba-tiba........

Diri diberi nikmat tarbiah lagi. Tarbiah kesabaran.

Sambil memasak. Kain perlu dibasuh. Makin bertimbun. *Kalut*. Alhamdulillah. Mesin basuh besar boleh memuatkan banyak kain kotor.

|NAMUN!| 


Jeng.. jeng.. jeng....
Untuk 'spin' kain tersebut. hanya boleh masukkan tiga helai sahaja kain. Jika tidak, "gedung,gedang,gung,gang,gung,gang" bunyinya (maksudnya mesin ni tak boleh masukkan banyak kain untuk spin.) Allah, bayangkan, diri yang sudah sangat letih, ditambah pula dengan tarbiah ini.

~Sabar... Sabar.. hati dipujuk-pujuk~


Moral of the story : Diri ini perlu belajar banyak lagi & perlu persipkan sebaiknya, kata nak jadi anak yang solehah, ibu yang berakal dannnn.... Isteri yang disayangi ^_^

so, Fighting! ~ Fighting 4 mardhatiLLAH. InsyaAllah :)
 j0m! fighting sama-sama ^_^

Sekadar itu dahulu ye. Jumpa lagi nanti.

Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah & Surah al-asr 
(Insyallah, untuk t0pup mana yang terkurang & terlalai) - Wallahua'lam.

Jumaat, 12 April 2013

First Time "Berbloging"

Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>

Assalamualaikum <Salam sejahtera ke atas kamu>

Alhamdulillah, dengan terbitnya entri pertama ini, maka secara rasminya saya adalah seorang bloger. Yeah! *sambil angkat tangan sebelah kanan ke langit ^_~

-HIDUP DENGAN MATLAMAT-
Inilah yang saya usaha perjuangkan di dalam hidup ini. 18 tahun, terasa hidup sia-sia tanpa matlamat yang jelas. Allah. RUGINYA! Justeru, untuk hari ini dan esok, tiada lagi hidup tanpa matlamat!
*Janji! >Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjadi manusia yang bermatlamat hanya untukMu (tolong aminkan bersama ye kawan-kawan (^_^ - syukran semua) <

OBJEKTIF MENJADI BLOGER :
          Apa matlamat saya? Perlahan-lahan kalian akan lihat. Blog ini bakal menjadi tempat meluahkan rasa hati dan berkongsi setiap kenikmatan yang Allah kirimkan :)
Kenapa tidak dikongsikan ujian-ujian yang hadir bertandang? Allah,Allah.. Saya percaya, ujian merupakan nikmat Allah yang hadirnya untuk mematangkan. Maka secara automatik, ujian adalah kenikmatan yang sangat besar jika berjaya dihadapi dengan kesabaran, maka bersabarlah duhai hati (ayat yang selalu di gunakan untuk pujuk hati sendiri ^_~) . Insyaallah.
          Jika sebentar tadi objektifnya untuk berkongsi pengalaman. Maka untuk makluman semua, objektif penulisan saya ini bukan sekadar yang satu itu sahaja. Huhu. Jangan risau. Ada lagi. Apa dia? Keduanya, harapan penulisan saya ini adalah supaya ia bakal menjadi tempat untuk saya mengkoreksi diri, melakukan muhasabah, apa yang telah saya selesaikan. Apa yang telah saya berjaya capai dan apa yang saya tertinggal mahupun terlepas pandang. Ya! kesimpulannya, ia bakal menjadi tempat untuk saya membina diri. Allah, Allah.

Moga ia bermanfaat untuk diri dan semua pembaca.

MATLAMAT YANG SAYA MAHU CAPAI?
          Meskipun saya matlamat ini hasil "ciplak" namun pada saya, ia sangat bermakna. Konsepnya, tidak perlu menjadi berbeza hanya sekadar mahu kelihatan hebat. Cukuplah berbeza saya itu hanya kerana keredhaan Allah. Selagi mana yang diperolehi itu adalah yang membantu untuk mencapai redha Allah. Maka akan Ku teruskan untuk memastikan keredhaan Allah itu menjadi milik insan yang serba kekurangan ini.
Ya! Fighting Asrar! 


Jadi, matlamat yang ku harapkan untuk dicapai dalam hidup ini banyak. iaitu :)


Kubaca wawasan hidupnya berhati-hati, Dia ingin menjadi :

#
Hamba Allah yang taat
#
Remaja yang beradab
#
Anak yang solehah
#
Isteri yang disayangi
#
Ibu yang berakal
#
Pendidik yang bertaqwa
#
Penulis yang tajam penanya
#
Mujahidah yang beriman serta 
# Ingin mati syahid di jalan Allah.

Kenapa ada ayat "Kubaca Wawasan Hidupnya Berhati-hati, Dia ingin menjadi"?
Jawapan : Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, sebabnya kerana ia hasil ciplak. Ciplak yang bermanaafaat Insyaallah.
* Ciplak = Contoh = Teladan (nampak lebih solehah kan? hehe :) )

Itu sahaja setakat ini. Nanti kita berkongsi lagi ya.
j0m! lakukan sesuatu untuk Islam hari ini. ^_~ *

Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah & Surah al-asr
(Insyallah, untuk t0pup mana yang terkurang & terlalai) - Wallahua'lam.