Jumaat, 12 April 2013

First Time "Berbloging"

Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>

Assalamualaikum <Salam sejahtera ke atas kamu>

Alhamdulillah, dengan terbitnya entri pertama ini, maka secara rasminya saya adalah seorang bloger. Yeah! *sambil angkat tangan sebelah kanan ke langit ^_~

-HIDUP DENGAN MATLAMAT-
Inilah yang saya usaha perjuangkan di dalam hidup ini. 18 tahun, terasa hidup sia-sia tanpa matlamat yang jelas. Allah. RUGINYA! Justeru, untuk hari ini dan esok, tiada lagi hidup tanpa matlamat!
*Janji! >Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjadi manusia yang bermatlamat hanya untukMu (tolong aminkan bersama ye kawan-kawan (^_^ - syukran semua) <

OBJEKTIF MENJADI BLOGER :
          Apa matlamat saya? Perlahan-lahan kalian akan lihat. Blog ini bakal menjadi tempat meluahkan rasa hati dan berkongsi setiap kenikmatan yang Allah kirimkan :)
Kenapa tidak dikongsikan ujian-ujian yang hadir bertandang? Allah,Allah.. Saya percaya, ujian merupakan nikmat Allah yang hadirnya untuk mematangkan. Maka secara automatik, ujian adalah kenikmatan yang sangat besar jika berjaya dihadapi dengan kesabaran, maka bersabarlah duhai hati (ayat yang selalu di gunakan untuk pujuk hati sendiri ^_~) . Insyaallah.
          Jika sebentar tadi objektifnya untuk berkongsi pengalaman. Maka untuk makluman semua, objektif penulisan saya ini bukan sekadar yang satu itu sahaja. Huhu. Jangan risau. Ada lagi. Apa dia? Keduanya, harapan penulisan saya ini adalah supaya ia bakal menjadi tempat untuk saya mengkoreksi diri, melakukan muhasabah, apa yang telah saya selesaikan. Apa yang telah saya berjaya capai dan apa yang saya tertinggal mahupun terlepas pandang. Ya! kesimpulannya, ia bakal menjadi tempat untuk saya membina diri. Allah, Allah.

Moga ia bermanfaat untuk diri dan semua pembaca.

MATLAMAT YANG SAYA MAHU CAPAI?
          Meskipun saya matlamat ini hasil "ciplak" namun pada saya, ia sangat bermakna. Konsepnya, tidak perlu menjadi berbeza hanya sekadar mahu kelihatan hebat. Cukuplah berbeza saya itu hanya kerana keredhaan Allah. Selagi mana yang diperolehi itu adalah yang membantu untuk mencapai redha Allah. Maka akan Ku teruskan untuk memastikan keredhaan Allah itu menjadi milik insan yang serba kekurangan ini.
Ya! Fighting Asrar! 


Jadi, matlamat yang ku harapkan untuk dicapai dalam hidup ini banyak. iaitu :)


Kubaca wawasan hidupnya berhati-hati, Dia ingin menjadi :

#
Hamba Allah yang taat
#
Remaja yang beradab
#
Anak yang solehah
#
Isteri yang disayangi
#
Ibu yang berakal
#
Pendidik yang bertaqwa
#
Penulis yang tajam penanya
#
Mujahidah yang beriman serta 
# Ingin mati syahid di jalan Allah.

Kenapa ada ayat "Kubaca Wawasan Hidupnya Berhati-hati, Dia ingin menjadi"?
Jawapan : Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, sebabnya kerana ia hasil ciplak. Ciplak yang bermanaafaat Insyaallah.
* Ciplak = Contoh = Teladan (nampak lebih solehah kan? hehe :) )

Itu sahaja setakat ini. Nanti kita berkongsi lagi ya.
j0m! lakukan sesuatu untuk Islam hari ini. ^_~ *

Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah & Surah al-asr
(Insyallah, untuk t0pup mana yang terkurang & terlalai) - Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan