Selasa, 16 Julai 2019

TAHUN 2019 yang perlu disyukuri

Bismillah wal hamdulillah

Fuh.. fuh.. fuh (tiup habuk sikit)
Lama dah blog ni sepi tanpa kabar berita.




Alhamdulillah,
Tahun 2019
Banyak pencapaian hidup yang telah dicapai.

Penting untuk tulis,
supaya diri sendiri tak pernah lupa untuk bersyukur atas setiap kurnianya.

Kita selalu kan, rasa beruntungnya orang tu, orang tu dan orang tu,
tak pernah nak rasa yang kita tu sendiri dah terlalu banyak untung yang Allah beri.

Sebab?
Sebab kita selalu tengok orang,
Kita baca kisah hidup orang,
Kita selalu kira duit orang,
Kita selalu hitung kelebihan orang.

Sampaikan kita lupa nak hitung apa yang kita dan ada,
untuk kita rasa syukur se syukurnya.

Alhamdulillah,
Pada Aish sendiri.
Tahun 2019 adalah tahun kestabilan.

Tak terlalu senang.
Tak terlalu mewah.
Tapi rasa cukup dan ada lebihan.

Alhamdulillah.
Tahun 2019 (Umur 26 tahun):

1. Dah ada kereta,
walaupun kereta tu bayar kat umi. Sebab asalnya kereta tu umi punya. Ok la, untuk first car keluarga kecil kami, dah rasa sangat bersyukur dah tu.

2. Dah beli sebuah rumah.
Walaupun rumah tu kecik je. 800sqft. Dulu rasa stress, tak sukaaaa sangat. hehe. Tapi bila masuk group rumah dan tengok orang lain beli rumah tu dengan terpaksa join loan. Sedangkan aish yang muda trang tang tang ni. mampu beli tanpa perlu join loan pun. Debushhh, tolak kepala sendiri. Apa la tak reti reti nak bersyukur lagi. So. ALHAMUDLILLAH ALA NIKMAH.

3. Ada suami soleh
Walaupun dia tak sempurna (sebab dia bukan malaikat), cuma manusia sama macam aish. Tapi dia usaha untuk jadi sempurna. Aish mintak hadiah, dia usaha untuk bagi. Aish cakap letih. Dia usaha untuk ringankan. Aish mengadu dia dengar. Aish usik dia. Dia tak pernah marah. Aish marah. Dia tak marah balik pun.. Sob sob.. baiknya...

4. Ada anak yang aktif, sempurna fizikal dan mental.
Alhamdulillah Allah kurniakan Syifa' Nur Zainab untuk mematangkan keluarga kecil kami. Orang lain usaha macam-macam cara untuk dapatkan zuriat. Kita yang senang dapat ni, tak nak hargai pulak. Apo laaaaa...

5. Dah ada simpanan.
Alhamdulillah. Dah boleh menyimpan. Tak banyak. tapi ada. Alhamdulillah.

6. InsyaAllah akan ke Mekah untuk Umrah.
Wahh.. Yang ni eksited sangat. Sebab tak pernah naik kapal terbang pun. Hehehe.Ni first time nak melangkah jauh sikit. Moga-moga Allah permudahkan semua urusan hujung tahun ni. (Nanti kita share persiapan untuk umrah pulak). InsyaAllah.

Soooo. ada 6 benda besar untuk tahun 2019 ni insyaAllah.

Rabu, 29 November 2017

Nota usrah nisa 1

1. Buat tabung gembira. Untuk kita hargai kehidupan kita

2. Jangan jauh dari syukur

3. Ambik masa untuk diri sendiri

4. Plan!

5. Say alhamdulillahhhhhh!

Syukur! Allah rezekikan sampai ke usrah nisa ini. Usrah yang membuka minda untuk positif dengan diri. Tolong happy dengan diri sendiri. Tolong rasa yang diri kita ni bagus!

Opsss

Bukan over bagus!

Tapi yakin yang diri kita ini sudah baik. Dalam masa yang sama. Kita tambah baik lagi diri!

Go go go!

Ahad, 12 November 2017

CHICKEN GRILL

Bismillah...
.
Sebab dapat suami omputeh.
So kena belajar lebih sikit la masakan omputeh. Kihkihkih
.
.
Jagan marah b.. hehe
.
.
.
Tq kak malina. Saya simpan kat ni ye. Mudah nk masak nnti.

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
By : Malina lina pg linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan: 
4 keping whole leg (debone) 
1/2 kiub ayam 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee) 
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 
1cm halia(tumbuk kasar) 
Lada hitam, lada sulah 
Sedikit olive oil 

Cara-cara 
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
LiNa Pg cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. 
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah 
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis. 
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. 
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering 
Perap daging paling kurang selama 1 jam.LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best 
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus 

MASHED POTATO
By Malina lina pg
Bahan-Bahan: 
3 biji kentang besar (~1kg) LiNa Pg guna kentang Russet
2 sudu besar mentega 
1/4 cawan susu segar 
Serbuk Lada hitam kasar (jika suka) 

Cara-cara : 
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek) 
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

SOS BLACK PEPPER 
By Malina lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak) 
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap. 
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel. 
Masukkan air.Kacau sebati (LiNa Pg guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam 
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar 
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Sumber rujukan ke 2

http://samida74.blogspot.my/2012/11/grilled-chicken-chopcoleslaw-dan-sos.html?m=1

Nanti kita up gambar bila dah siap. Hehehe

Selasa, 10 Oktober 2017

LALA KAM HEONG

Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah!

Fav resepi yg selalu kawan berbangsa cina ajarkan! Nyum..

Bahan-bahan :
- 1/2 kg Lala
- 1 sudu besar udang kering ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang putih ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
- 6 tangkai cili kering ( potong halus )
- Beberapa tangkai daun kari
- 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes
- 1 biji bawang besar ( potong besar )
- 1 sudu besar kicap

Cara-cara :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.
3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.
4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.
5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.
6. Masukkan lala dan bawang besar tadi.
7. Goreng sehingga anda rasa lala masak.
8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

Like & Share
Resepi Viral Terbaik
Viral D Viral

Rabu, 4 Oktober 2017

Mango chicken

CHICKEN MANGO MEMIKAT HATI SUAMI😋

.
.

RESEPI

Ayam (bahagian peha/dada)
Tepung goreng bestari
Minyak utk deepfry

CARA-CARA

Panaskan minyak
Celup ayam dalam tepung bestari
Goreng sehingga kekuningan

Parut mangga muda,  hiris sedikit bawang besar, 2 biji cili api, daun ketumbar untuk hiasan

SOS

Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong sikit
Garam
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan. Adjust garam gula ikut citarasa

Siap!

Makan dengan nasi panas-panas fuhh😍

Selasa, 3 Oktober 2017

Ahsanu amala

Bismillah

Puas hati!
.
Bila boleh buat kerja sepenuh hati
.
Alhmdulillah
Bertemu pasangan hidup sekufu
.
Jenis yang buat, buat sampai siap, buat, buat sampai cantik!
.
Urusan dunia cunnnn. Yang terbaik
.
.
Urusan akhirat apa kabar?
.
Buat urusan duni terbaik, supaya dipandang baik pentadbir atau manusia
.
Sedang kita sedia sedar
.
Ada pandangan yang lebih perlu diutama
.
Ah.. peduli apa pandangan manusia?
.
Cukuplah pandangan yang Maha Besar, Yang Maha Kaya...
.
Kan?
Pasti hidup sentiasa CEMERLANG!

Bismillah...
Mari melangkah dengan kanan.

Ahad, 24 September 2017

Keluarga contoh

Sekalung tahniah buat Ust Dato'Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny...serta anak-anak.

Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat2 mengagumi cara, uslub serta  pendekatan pendidikan anak-anak mereka.
TEGAS DALAM SANTAI🌸🌸

Terbaharu , anaknda sulungnya Anas, kini mahasiswa Uiam,  telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.

Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.

Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam Kelantan.

Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang  diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .

Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ust. Dato' Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :
💚 Solat jemaah di masjid setiap waktu
💚 Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari
❤ Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman
❤ Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka
🌹 Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana
🌹 Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru
🌻 Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah
🌻 Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah...

Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah...