Khamis, 21 Julai 2016

Membangunkan cinta kita

Bismillah...

Dan saat aku sah,
Bergelar sayap kiri.

Hanya ada 1 janji,
Tersemat dalam hati.

Aku mahu membangun bersama.
Jauh dari membantutkan.

Usah risau kekasih,
Andai ada langkahmu yang kurang,
Aku Sudah bersedia untuk menerima kekurangan itu,
Mari kita gilap Dan sinarkan bersama.

Usah risau kekasih,
Andai ada tindakmu yang belum sempurna,
Mari kita baikinya bersama.

Aku.
Sentiasa ada.
Untuk kekurangan dan kelebihan mu.

InsyaAllah.

Dan inilah cinta...
Menyuntik semangat.
Untuk saling kuat.

#ImissYou
#Sabar
#RahmatKurniaanAllah.
#DoakanBaytSyaFiy

Ahad, 17 Julai 2016

I love you because of Allah

Bismillah...

"Sayang.. B cintakan awak sampai mati"

😭

Terima kasih Allah.
Atas kurniaan dia.

Allah benar² kurniakan seperti apa yang aku perlukan.

Banyak huru hara kehidupan.

Dan dia pelengkap kesempurnaan.

Banyaknya nikmat tuhan.
Sedang aku masih beralasan untuk sebuah ketaatan.

Berangan.
Meletakkan cinta Allah Dan rasul itu sebagai keutamaan.

Apa buktinya?
Atau semuanya masih angan2.

Alhamdulillah.

Semoga kuat kaki melangkah.
Mengenal Allah Dan rasulullah.

"B... Saya nak cintakan awak. Sehingga selepas mati" doakan saya. Doakan saya ye 💓

#iloveyoubecauseofAllah
#doakanbaytsyafiy

Khamis, 7 Julai 2016

Jihad umi

Bismillah...

Walid tanya. Sedia ke jadi umi?
Tak tahu nak jawab soalan tu.
Susahnya...

Satu hari.
Umi dengar kuliah agama.
Umi hayati dan fahami.

Apa guna bayt haraki.
Apa manfaat buat diri.

Memang mengandung dan melahirkan tu tak mudah.
Memang payah.
Memang Susah.

Tapi pernah.
Terserempak dengan seorang manusia.
Yang mampu tersenyum.
Diatas kerusi roda.
Menuju bilik bersalin.

Senyum melirik manis di bibir pucat itu.
Doakan.
Beliau sedang menuju ke Medan jihad katanya.

SubahaAllah.
Indahnya bila faham.
Pada keperluan dan keutamaan.
Pada ibadah bertuhan.

Melahirkan anak² pejuang.
Dengan kualiti ibu ayah yang tak kurang.

Setiap anak yang lahir.
Ada tuntutan amanah yang besar perlu digalas dan dijawab di hadapan tuhan.

Amanah akal.
Amanah emosi.
Amanah rohani.

Semua perlu diisi sebaiknya.
Seadilnya.

Anak2 umi.
Doakan, minta pada Allah.
Umi dan walid, kuat..
Mampu membahagiakan kalian.
Dunia dan akhirat.

Ameen...

#hajatdoasemua
#baytsyafiy

Sabtu, 2 Julai 2016

Terlalu rindu

Bismillah...

2/7/2016

Hampir 3 bulan bergelar isteri.
Baru beberapa hari bertemu muka dengan encik suami.

Mungkin kurang daripada 10 hari.
Tarbiyah rabbani.
Pasti punya hikmah sendiri kan.

Takungan rindu dalam Dada.
Tak mampu diungkap dengan lisan.
Kerana sesaknya terlalu menekan.

Sakitnya perpisahan.
Dengan kesayangan.

Mungkin Allah sedang mendidik.
Untuk menghargai.

Memahami rasa kehilangan.
Supaya menghargai sebuah pertemuan.

Allah...
Sesakit ini perpisahan sementara...

Aku mahu bersamanya.
Disyurga tertinggi milikMu.

Semoga Allah menjagakan "rumah ini"

Dan memenuhkannya dengan.
Sakinah, mawaddah dan rahmah <

#MenulisItuTerapi
#ILoveUZauji

Jumaat, 24 Jun 2016

Surat untuk mu. Ketua Bidadari Syurga

Bismillah...

"Sayang amanah Allah untuk B"

.....................

Surat untuk Ketua Bidadari Syurga.
Syafiqah Fauzi.

Tuan puteri.
Jadilah penyejuk mata.
Buat suami.
Si pemuda syurga (biiznillah. InsyaAllah)
Hiasi diri.
Sebaiknya.
Untuk dia yang teristimewa....

Tuan puteri.
Jadilah penyejuk hati.
Buat suami.
Si tampan akhlaknya...
Hiaslah akhlakmu.
Dengan akhlak mahmudah yang menenagkan.

Tuan puteri.
Jadilah penajam fikiran.
Jangan jadi beban.
Dia suami. Perlukan teman berbincang.
Asahlah akalmu.
Untuk berfikir. Memudhkan urusan.

Tuan puteri.
Jadilah teman.
Teman setia.
Bersama hingga ke syurga.
Redha dengan kelemahan Dan kekuatannya.
Kerana. Dia manusia biasa.
Masih belum lagi tiba di syurga.
Tempat manusia menjadi sempurna.

Tuan puteri.
Sediakan diri.
Berkhidmat sepenuh hati.
Untuk dia kekasih teristimewa di dunia dan akhirat.

Tuan puteri.
Sudikah berjanji dengan diri?
Kamu akan persembahkan yang terbaik.
Untuk dia. Yang sudi menyayangimu sepenuh hati?

<3 InsyaAllah! Ingatkan kalau lupa. Kalau lalai dan leka. Aku mahu. Jadi puteri itu <3

#hajatdoasemua
#terimakasihSuamiSoleh

Rabu, 22 Jun 2016

Pregnant? Mengandung?

23/6/2016
12.30 pm

Perasaan:
Rindu <3
Rindu <3
Rindu <3

Keadaan:
Air liur rasa banyak...

Tanda pregnant?
Wait n c...
Awal lagi nak check :)

Doa.
Moga Allah kurniakan yang terbaik.

Nak mintak pun tak tahu.
Mana yang terbaik untuk kita kan?

Yang pasti.
Allah Maha Mengetahui.

Persediaan:

Setakat sihat lagi ni.
Siapkan kerja-kerja yang terbengkalai.
Sebab tak tahu kan.
Esok-esok.
Keadaanya macam mana :)

Pesanan:

Anak-anak umi...
Jangan nakal-nakal tau ;)

Allahummayassir wala tu'assir <3

#menulisItuTerapi

Isnin, 20 Jun 2016

Sakit

Bismillah...

Sakitnya sebuah rindu.
Mata bercurahan.
Menahan rasa sakitnya sebuah rindu.

Namun mulut masih senyum.
Menguntum senyum yang paling manis.
Menutup sakitnya sebuah rindu.

Dada berombak-ombak.
Menahan rasa yang menyucuk-nyucuk peritnya.

Aku dan kamu.
Pastinya rasa ini sama.

Kerana aku yakin.
Sakitnya rindu ini.
Kerana cinta yang sedang subur tumbuhnya.

Tarik nafas...
Alhamdulillah...

Bersyukurlah.
Untuk setiap rasa yang Allah anugerahkan.
Setiap aturan yang Allah tetapkan.

Syukurlah.
Untuk air mata yang mengalir.
Merindukan yang halal.
Merindukan kekasih dunia dan akhirat.

<3 Mari. Kita sinergikan cintakan kita. Menjadikan cinta ini. Motivasi mengerakkan kehidupan yang lebih baik. Fokus! <3

Dan rindu?
Biarkan ia menjadi baja cinta.
Selama-lamanya.....

*lap air mata*

Alhamdulillah untuk segalanya.
Semoga ia bakal menjadi Kenangan indah untuk akan datang... Biiznillah :)