Sabtu, 9 April 2016

6 Hari sebelum menjadi isteri solehah

Bismillah.

Dalam suasana menghitung hari.
Macam-macam gaya.
Ada orang kata nampak eksited -_-"

Dalam hati.
Apa rasanya.
Diri sahaja yang tahu.

Satu pengajaran besar.
Aku belajar.

Gembira.
Imbangkan dengan iman.
Dalam kita terasa bahagia.
Sahabat-sahabat mungkin sedang kegundahan rasa.
Sedang bersedih hati memikirkan diri.

Allah...

Aku faham rasa itu.
Yakin!
Rezeki daripada Allah.
Minta sungguh-sungguh daripada Allah.

Lelaki yang baik.
Untuk perempuan yang baik.
Dan begitu jua sebaliknya.
Ini fitrah yang Allah susunkan.

Mereka akan saling tertarik.
Atas dasar 'kesefahaman' yang lahir.

SubahanaAllah.

Jaga Allah. Allah akan menjaga dunia kita.
Kenal Allah sungguh-sungguh!
Kerana kita mengejar redha Allah.
Redha yang utama.

Semoga Allah jagakan kita.
Kekal dalam redhanya.
Ameen!

Doakan aku.
Kita saling mendoakan.
Itu tanda cinta.
Bertemu semula di bawah naungan Arash Tuhan.
Ameen.









Isnin, 4 April 2016

12 Hari sebelum menjadi isteri solehah

Bismillah.

Moga Allah kurniakan keberkatan.
Moga Allah kurniakan kebahagiaan.
Moga Allah kurniakan ketenangan.
Moga Allah kurniakan kemudahan.


Hari ini.
Perasaan bercampur.
Fikiran menerawang.
Terbang.


Allah...

Tangan laju.
Menekan papan kekunci laptop.
"Tazkiran isteri solehah"
Telinga disumbat "earphone" putih.

Satu persatu tazkirah didengar.
Seorang demi seorang penceramah berlalu.
Sejam demi sejam masa melewati.

Satu kunci yang diperolehi.
Jaga Allah.
Allah akan jaga dunia mu.

SubahanaAllah!
Takut!
Takut lalai.
Takut tak mampu.
Membawa amanah rumah tangga.

Pesan seorang kakak.
Teruskan istikharah.
Pesan diri.
Teruskan solat hajat.

Ilmu itu hadir dengan BELAJAR.
Teruskan belajar asrar.
Belajar dan terus belajar!

Bagunkan dirimu.
Jaga Allah.
Betulkan tujuan dan niat.
Luruskan dengan sebenar-benarnya.


Bismillah.
Semoga Allah berkati.
Ameen.

Khamis, 25 Februari 2016

SMU (A) AL-ITTIHADIAH

Bismillah...


Sekolah ini.
Kecil
Terletak elok di tepi sawah.

Memori lalu terkenang-kenang
Suasana di sekolah.
Indah.

Sekolah yang membina
Siapa asrar hari ini.

Sekolah yang bersabar
mentarbiyah sebuah diri

Kelemahan sekolah
Kekurangan sekolah

Adalah pelengkap kepada sebuah tarbiyah
Pelengkap menjadikan asrar
Manusia syukur dan sabar
Manusia yang tahan dengan kekurangan.

Alhamdulillah.
Allah berikan nikmat sekolah ini.

Meski pernah dicaci,
Kerana sekolah tak gemilang mana.

Meski pernah diherdik,
Kerana sekolah buruk.

Meski pernah menangis,
Kerana terasa terhina yang amat.

Namun hari ini,
Aku tahu,
Allah menyediakan semua laluan itu,
Kerana mahu membantu JIWA ku.

Maka,
Buat kalian yang memandang rendah dan remeh,
Moga kalian menemui keindahan,
Seperti aku temui.

Aku syukur,
Dilahirkan di sini,

Sekolah kesayangan.
SMU (A) ITP :)

Rabu, 17 Februari 2016

Bila terasa yang dirancang sukar & rumit.

Bila kita rancang itu dan ini.
Kita nak ia jadi.
Kita paksa ia.
Mesti jadi!

Cuma, kita jangan lupa sedikit pun.
Takawakkal dengan Tuhan.

Yang aturkan.
Allah.
Bukan kita.
Tugas kita sekadar usaha.

Jangan paksa Allah.
Persis kita lebih tahu daripada Allah.
Cuma Allah pesan pada kita.
Usaha.
Kemudian Redha dan terima apa yang Allah beri.

Baik.
Baik.
InsyaAllah...

Doa banyak-banyak.
Doa. "Ya Allah, aku letakkan diriku dalam genggamanMu, berilah yang terbaik padaku. Aku redha dan syukur dengan setiap ketentuanMu."


Kadang apa yang kita nampak buruk.
Hingga menitis air mata.
Rasa tak mahu terima.

Namun itulah yang terbaik itu kita.
Yakin!

Kerja kita USAHA.
Dan kerja ALLAH yang berikan apa sahaja.


Allah luv you!

Jumaat, 12 Februari 2016

Yang baik untuk yang baik!

Alhamdulillah.
Berita indah menyapa telinga dan mata.
Umi abah tersenyum bahagian.
Sebenarnya semua.
Bukan sekadar umi dan abah semata.

Kak long.
Pelajar Medic.
Disunting keluarga soleh.
Menjadi suri di rumah mereka.
Semua bergembira seperti merayakannya.

Senyum tak henti.
Membahagiakan hati.

Benarlah janji Allah.
Kak Long bukan seorang yang berpacaran
Persis wanita sekarang.
Kak Long baik
Solehahnya asli
Memikat siapa yang mendekati.


(Sumber: google)

Doktor solehah.
InsyaAllah. anak-anak soleh/ah pun akan terbina nanti.
Ameen!

Semoga madrasah itu terbina dengan baik dan dipermudahkan.
Bahagia bila jalannya jalan syariat.

Umi pihak lelaki datang bertandang.
Umi pihak perempuan meraikan.
Suri rumah bertemu suri rumah.
Nampak sejoli bersama.
Umi benar-benar tersenyum bahagia.

Aku kira, ini doanya dalam setiap solat.
Doa di titip untuk semua anak-anaknya,

Semoga.
Semoga anak-anaknya juga tak lupa doa buat ayah bonda.

Alhamdulillah.
Soal jodah tak perlu melampau dirisaukan.
Pesan pada hati.
Soal amal yang baik perlu diutamakan.
Kerana ia tiket akhirat.
Tiket yang perlu diusahakan.

Kalau perkahwinan sekalipun,
Biar bernilai ibadah.
Biar sabar itu ibadah,
Biar rindu itu ibadah,
Biar baik sangka itu ibadah,
Biar membantu itu ibadah....

InsyaAllah...

Seronok melihat semua bahagia.
Tersenyum...
Rezeki daripada Allah.
Maka syukur juga perlu dikembalikan kepada Allah.


Alhamdulillah... :'D

Khamis, 11 Februari 2016

Badiuzzaman Said Nursi (Keajaiban Zaman!)

12 Februari 2016

Selesai menghabiskan bacaan.
API TAUHID.
tentang Badiuzzaman Said Nursi.




(sumber: google)
Syukur.
Allah temukan dengan buku nan indah ini.

3 fasa kehidupan mujadid ini.

1. Fasa keilmuan.

Merata tempat dicarinya ilmu. dahaga dan kehausan yang teramat. Bertemu dengan ujian muslim yg cemburu. Namun semunya tidak menghalang. SubahanaAllah! semangat yang cukup nan indah dipandang.

2. Fasa menghunus pedang yang tak nampak.

Fasa ini fasa klimaks perjuangan. Fasa sakit dengan genting pada kita manusia biasa. Namun fasa indah dan membahagiakan pada beliau. Fasa dimana risalah an-nur d tulis. Ia bukan d tulis dengan selesa. Malah d tulis d dalam penjara! Allah... Bukan d tulis dengan pena yang sempurna atau kertas yang berkajang banyakknya. Namun d tulis pada kotak-kotak rokok dan bersisa hasil buangan si penjaga penjara. Allah... Ini semua tanda keberkatan, kerana sehingga hari ini Risalah an-Nur hidup. Dalam kitab dan jiwa umat.

3. Fasa bersama dengan siasah.

Fasa ini merupakan fasa dihujung usia. Dimana Ustaz Said Nursi bersama masyarakat. Bersama menentang kerajaan yang zalim, dinganti dengan kerajaan yang lebih baik. Walaupun kerajaan yg lebih baik itu bukanlah sebenarnya yg baik. Ustaz bijak. menimbang keutamaan. Bila berkumpul mudarat dan mudarat. Maka mesti memilih mudarat yang lebih ringan.

Badiuzzaman Said Nursi,
Tokoh ilmuan,
Tokoh mujadid,
Membaca sejarahnya benar membuat jiwa bermuhasabah panjang.

Ikon besar umat Islam.
Perlu diperkenalkan pada semua.
Perlu dibanggakan oleh semua.

Anak-anak ku...

Akan aku perkenalkan kaliah kepada tokoh ini.
Tokoh yang menghidupkan banyak jiwa.
Kerana keikhlasan cinta kepada Tuhannya.

Sungguh.
Aku terpesona dengan keindahan pengabdian ini.


Ya, kuncinya Ilmu!

Semoga aku ketemu.

# Ya Allah... Berikanlah kami kefahaman dalam agamaMu. Ameen thumma ameen.

Rabu, 3 Februari 2016

Menjiwai perasaan kaunselor

4 Februari 2014

Alhamdulillah
Allah bagi keizinan merasai perasaan kauselor.

Teringat dulu.
Pensyarah pernah sebut.

"Suara awak ni, tak sesuai jadi cikgu."
"Suara awak ni, sesuai jadi kauselor"

Antara keliru dan rasa rendah diri,
Antara kecewa dan rasa putus asa.

Ketika tu, terfikir.
Tak layak jadi cikgu?
Aku akan buktikan aku mampu.

Aset guru bukan suara sahaja.
Tapi JIWA yang utama!

Aku!
Ada jiwa mahu membina manusia.
Aku mampu.
Dengan izin tuhan InsyaAllah. 
Biiznillah.

Namun hari ini,
aku jadi jatuh cinta,
dengan kerja kauselor.

Buat air mata,
Buat jiwa,
rasa bermuhasabah mengenangkan diri yang tak bersyukur dengan nikmat ilahi.

Sentiasa....
membanding diri dengan orang yang lebih bahagia kononnya.
silap! itu semua akhlak yang tidak bersyukur.

Berbuat seperti seorang kaunselor dan pelanggan.
Dengan seorang murid tahun 6.
Masih belum mampu membaca al-Quran.

Allah!
Allah!

Kesiannya.
Ayah meninggal.
Ibu persisi tak endahkan pendidikan.

Anak.
Kamu perlu membesar dengan ilmu.
Kamu perlu keluar dari kejahilan.

Anak.
Kamu perlu kuat.
Untuk sebuah jihad ilmu.

Yang menulis dengan sayang,
Ustazah:")