Berita indah menyapa telinga dan mata.
Umi abah tersenyum bahagian.
Sebenarnya semua.
Bukan sekadar umi dan abah semata.
Kak long.
Pelajar Medic.
Disunting keluarga soleh.
Menjadi suri di rumah mereka.
Semua bergembira seperti merayakannya.
Senyum tak henti.
Membahagiakan hati.
Benarlah janji Allah.
Kak Long bukan seorang yang berpacaran
Persis wanita sekarang.
Kak Long baik
Solehahnya asli
Memikat siapa yang mendekati.
(Sumber: google)
Doktor solehah.
InsyaAllah. anak-anak soleh/ah pun akan terbina nanti.
Ameen!
Semoga madrasah itu terbina dengan baik dan dipermudahkan.
Bahagia bila jalannya jalan syariat.
Umi pihak lelaki datang bertandang.
Umi pihak perempuan meraikan.
Suri rumah bertemu suri rumah.
Nampak sejoli bersama.
Umi benar-benar tersenyum bahagia.
Aku kira, ini doanya dalam setiap solat.
Doa di titip untuk semua anak-anaknya,
Semoga.
Semoga anak-anaknya juga tak lupa doa buat ayah bonda.
Alhamdulillah.
Soal jodah tak perlu melampau dirisaukan.
Pesan pada hati.
Soal amal yang baik perlu diutamakan.
Kerana ia tiket akhirat.
Tiket yang perlu diusahakan.
Kalau perkahwinan sekalipun,
Biar bernilai ibadah.
Biar sabar itu ibadah,
Biar rindu itu ibadah,
Biar baik sangka itu ibadah,
Biar membantu itu ibadah....
InsyaAllah...
Seronok melihat semua bahagia.
Tersenyum...
Rezeki daripada Allah.
Maka syukur juga perlu dikembalikan kepada Allah.
Alhamdulillah... :'D


Tiada ulasan:
Catat Ulasan