"Cinta akan lenyap. Dengan lenyapnya sebab"
-Ibnu Qayyim al-Jauziyah-
Sengaja umi catatkan di sini. Untuk kalian, anak-anak umi, teliti dan perhati.
Soal tingkatan kedua iaitu baitul muslim. Bukan soal mainan.
Ia perlukan ilmu yang beriringan dengan mujahadah berpanjangan.
KENAPA UMI CINTA DAN SAYANG WALID?
Ada. Ada sebabnya,
@ Pertama:
Sebabnya mesti sebab yang tidak akan lenyap,
ALLAH.
Ye.
Cinta akan lenyap. Dengan lenyapnya sebab.
Tapi kalau sebabnya Allah.
Ia takkan lenyap. Sampai bila-bila.
Cinta yang membawa kepada kasih Allah kepada kita.
Cinta yang bawa kita lebih dekat dengan Allah.
Itu buruan kita. orang yang memahami agama. Kan?
Kenapa umi kata walid letakkan cinta ini kerana Allah?
Sebab walid sudi terima teguran umi dulu.
Walaupun pada lelaki
Mungkin teguran itu satu yang mencabar kelakian.
Tapi,
Walid terima,
Teguran umi untuk menjaga perhubungan sepanjang pertunangan.
Behubung sebatas keperluan.
Tq walid!
@ Kedua:
Sebab walid Sabar dan Syukur.
Banyak kali.
Umi zahirkan kelemahan diri.
Kadang-kadang sengaja.
Kadang-kadang sengaja.
Kadang-kadang memang suka.
Tapi walid sabar dan terima.
Walid tak agresif mahukan yang sempurna.
Walid terima umi seadanya umi.
Umi tahu.
Umi ada kelebihan diri.
Tapi umi simpan. Tak tunjukkan.
Sengaja.
Satu janji umi dulu dan sekarang.
Umi mahu berikan yang terbaik.
Untuk dia yang teristimewa. Yang sudi terima umi.
Kekuatan dan kelemahan umi.
Untuk dia yang teristimewa. Yang sudi terima umi.
Kekuatan dan kelemahan umi.
Dan syukur walid.
Umi sentiasa dengar dari mulutnya.
Dan umi sentiasa lihat dari tindakan taatnya kepada al-Khalik.
Alhamdulillah.
@ Yang terakhir:-
Jujur, kemas umi jaga cinta dan sayang umi pada lelaki ajnabi.
Walaupun tunang. Ia masih punya batas.
Umi simpan sayang umi. Untuk walid. Hanya untuk walid.
Setelah sah akad dilafazkan.
Setelah sah akad dilafazkan.
Sebelumya?
Umi tak beri sepenuhnya hati.
Selagi belum rasmi.
Cinta dan sayang umi. Umi simpan. Hanya untuk yang teristimewa.
Semoga Allah jaga. Cinta dan sayang ini. Mengumpulkan kita semua dalam syurga tuhan. Tempat abadi <3
# Hajat doa semua
# Saling mendoakan




