Isnin, 21 September 2015

"Senyum" ubat cinta Mr. F

Dear Mr F!

Mohon jangan mendekat.

Saat Mr. F (futur) datang mendekat.
Mujur ada ukhti kebahagian mengubat.
Bimbang berlama-lama berkhalwat bersama Mr. F.


Tolong.
Tak hingin rasanya menjadikan Mr. F pasangan sampai hujung nyawa.

Ukhti kebahagian.
Terima kasih kerana hadirkan nasihat.

Saat ditanya.
Apa ubat?
Ubat terkena cinta Mr. F ini.
Terasa ingin bersama dengannya.
Berlama-lama denganya.

Jawapannya mudah.
Senyum :)

Senyum?
Haru rasa dada.
Sesak rasa jiwa.

gurau k?

Saat dicuba.
Betullah ye.
Senyum membantu .
Merawat penangan cinta daripada Mr. F...

Laju Mr. F meninggalkan diri.
Pergi menjauh.
Oh. 
Rupanya Mr. F sayang pada:

Si negatif
Si pasif
Si lemah
Si Malas

Bye!
Bye! 
Bye!

Pergi menjauh!

^_^


Selasa, 28 Oktober 2014

Bismillahi Allahu akbar.




Sumber: Buku Fityatun amanu birabbihim

Pemuda nazak,
Di bumi Malaysia itu,
Biasa.
Zina berleluasa,
Idola mereka entah siapa.
Allah dan rasul
Tidak tersenarai sebagai perkara utama,
Jadi bagaimana mungkin untuk mencintai sedang tidak mengenali?
Pemuda nazak,
Saat ilmu fardhu ain (tauhid, feqah dsb) menjadi hal picisan.
Ilmu fardhu kifayah (sains, sastera, bahasa dsb) menjadi agungan.
Pemuda nazak,
Bila mana hilang arah hidup.
Mudah untuk dinilai pemuda nazak.
Bila disoal apa matlamat hidup,
Kemana penghujung kehidupan?
Tenganga jawapannya.
Mungkin jawapannya dunia
Atau dipersoalkan semula.
Apa jawapan sebetulnya?
Pemuda nazak,
Tak pasti kemana mahu menyumbangkan diri,
Tak pasti apa kelebihan diri,
Tak pasti diri bermanfaat atau sekadar sampah masyarakat.
Ya! Pemuda itu rendah diri. Pemuda itu tiada jati diri!


Pemuda nazak,
Tiada sabar.
Yang bersisa hanya kata cerca dan nista.
Adab sudah tiada.
Yang tinggal hanyalah mazmumah sahaja.
Pemuda nazak,
Tenggelam dengan dunia,
Gadjet, kemewahan dan kesenangan.
Sedang pemuda lupa,
Golongan awal hidupnya bukan fokus kepada dunia.
Pemuda nazak,
Hilang hamasah (semangat)
Jika ada pun hamasah yang bersisa,
Ia hanya hamasah tanpa faham,
Yang menjebakkan pemuda kekancah bahaya,
Yang tiada redha dari-Nya.
Pemuda nazak,
Ambil mudah tentang masa,
24 jam tidak dimanfaatkan sebaiknya,
Lebih banyak mensia-siakan daripada memanfaatkan,
Isinya masa hanya untuk bersenang-senang.
Tiada langsung berfikir untuk kebahagiaan akhirat dan masa hadapan.
Oh Pemuda Nazak!
Ayuh kembali semula kepada agama!
Islam bukan tentang solat dan zakat semata.

Islam itu tentang ilmu dunia,
Islam itu tentang ilmu akhirat,
Islam itu tentang bagaimana untuk hidup bahagia,
Islam itu menjauhkan daripada bergantung hidup pada manusia.

Islam itu sempurna.
Kembalilah semula pemuda!

SUNGGUH HIDAYAH PERLU DI CARI, BUKAN DI NANTI.
MARI KITA BERHIJRAH MENJADI PEMUDA HIDUP BUKAN NAZAK HAMPIR MATI!
MOGA ALLAH REDHA DENGAN KITA


Ahad, 15 Jun 2014

Naqibah? Layak ke? ~_~

Allahu
Tak tertanggung rasa berat
Namun tiada siapa yang dapat
Meringankan beban di pundak

Aku menangis
Namun aku senyum
Menangis dalam kesakitan
Senyum dalam kesyukuran

Ya
Menangis itu bahagia
Sangat!
Ia nikmat
Amat!

Allahu
Alhamdulillah atas setiap nikmat
Meskipun sakit
Namun aku sedar ia sebuah nikmat
Nikmat dalam mengikis mazmumah menebal dalam diri

Allahu
Terima kasih
Aku menangis
Namun aku bahagia
Kerana aku tahu
Ia bakal membawa sinar mahmudah lebih segera

Allahu
Cuma satu
Moga engkau membimbingku
Takut
Memikul taklifan dalam jahil yang bemeter tinggi

Allahu
Pimpinlah aku
Sungguh aku gerun dengan ancaman neraka dan murka mu

Allahu
Kuatkalan langkahan kaki
Supaya mampu senyum di hadapan makhluk
Menenangkan hati manusia di sisi
Memberi bahagia sepenuh hati

Allahu
Jadikan aku
Hanya mengadu padaMu
Hanya padaMu
Aku tahu
Ia kurnia Mu
Untuk sebuah Tarbiyah daripada Mu

Dan aku bersyukur
kerana aku NAQIBAH itu :')

Aku,
Yang kuat kerana Allah
HANYA UNTUK ALLAH

Khamis, 12 Jun 2014

Salim A. Fillah terr

Assalamualaikum :)

Dia,
Salim A. Fillah
Menggerakkan kalam bukan dengan pena
Namun dengan jiwa
Jiwa yang jujur kerana cinta kepada pencipta

Mengharapkan seruan cinta
Mengajak pada kesejahteraan
Dapat diterima manusia.

Apa buktinya?
Karangan di setiap helai karya milik insan ini
Buktinya.

Menulis kerana sayang
Menyampaikan kerana sayang
Memberi kerana sayang

Sungguh dia berjaya membuat aku cemburu
Tak keruan

Aduhh..
Bila manusia faham
Tiada lagi masa untuk menuntut buat mereka.
Yang ada hanyalah ruang untuk memberi bahagia...

Aduh...
Hebatnya mereka.
Setiap ruang dan peluang hanya cukup untuk dua perkara.
SABAR dan SYUKUR

Pergh!
Setiap senyum dan lelah hanya untuk kecintaan mereka
Ya. Dakwah

Sungguh tak tertanggung rasa cemburu
Mereka faham
Mereka Tahu
Mereka memcari supaya mampu
Nah! Mereka benar-benar MUKMIN yang sebanrnya.

Dan aku?
Hanya satu . . .
CEMBURU T_T

Jumaat, 6 Jun 2014

Ehh.. Aku bakal umi mithali? ^_~

Tett.. tett.... :)

Mesej whatssup masuk.
Daripada ukhti kebahagiaan.
Berkongsi ilmu dan peringatan.

Sebuah renungan, renungan masa hadapan :

****

Buat bakal abi dan umi anak-anak perjuangan Islam ...
Mungkin ada yang mengatakan belum sampai masanya untuk memikirkan isu ini...
TIDAK!
Antum harus berfikir daripada sekarang.
Soal punya calon sefikrah juga antum perlu mempunyai perancangan daripada sekarang.
Apalagi mengenai PERANCANGAN PERJUANGAN BUAT BAKAL-BAKAL MUJAHID/AH ANTUM.
Cari calon sekarang bukan bermaksud antum boleh BERKAHWIN sekarang.
Tidak sama sekali!
Kerana cinta yang halal hanya selepas nikah.
Mencari calon sekarang cukup sekadar tanda dia bakal isteri/suami.
Mencari calon bukan untuk bermain-main perasaan cinta ana enti.
Bina perancangan masa depan untu bakal mujahid/ah antum.

Apa yang terhasil pada masa hadapan ialah hasil perancangan antum hari ini.
Jika antum mengharapkan sebuah keluarga yang menymbang hingga akhir hayat.
Ia bermula dengan bagaimana antum merancang hari ini.
InsyaAllah.. Jika ikhlas. urusan antum akan dipermudhkan :)
Cuma syaratnya ialah ikhlas.


I.K.H.L.A.S -> Ia perlu di buat terlebih dahulu. dan ikhlas itu akan hadir perlahan-lahan, dalam setiap sedutan istiqamah.

Allahuakbar!

Astaghfirullahaladzhim untuk setiap mazmumah.

Khamis, 5 Jun 2014

Aku ingin menjadi si solehah

Bismillah

Dalam tiap detak jantung
Tak keruan lagi menanggung
Menaggung perit cinta
Yang menuntut perhatian jiwa

Namun,
Diri yang ghaflah,
Pesis mengabaikan tuntutan itu,
Tahu, ada mahu, namun tiada usaha untuk MAMPU.

Jadi siapa lagi mahu dipersalah
Melainkan diri yang salah
Punya matlamat
Kosong tiada perancangan ketat
Mujahadah hambar!

Ya,
Mungkin kerana m.a.n.u.s.i.a
Hati ini banyak dosanya
Kelam
Astaghfirullahaladzhim...

Tuhanku,
Tukarkan ia dengan hati yang baru
Beku
Astaghfirullahaladzhim...

Moga esok yang lebih bermakna!
AKU MAHU AKU YANG BERMANFAAT
BUKAN AKU YANG BEKU DAN KAKU!

Allahuakbar!
Astaghfirullahaladzhim...

Bantulah hambaMu yang layu ini~

By : musafir menuju syurga!

Selasa, 11 Jun 2013

Air mata - AKU RINDU kamu !

Bismillahirrahmanirrahim <dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani>
Assalamualaikum <salam sejahtera ke atas kamu>


p/s : Air mata yang di "CEMBURUI"

Usai melunaskan satu tuntutan pentarbiahan diri sendiri dalam satu kem kepimpinan, tiba-tiba diri dilanda masalah jiwa.

[feelingless] =_="

Ya, tiada perasaan. Semua hilang. Kalau dahulunya pantang hadir berita menyebakkan hati, pasti naluri mengasihi lahir dengan sendiri. Lagi, bila dimarahi, air mata laju mengalir di pipi. Itu dulu. Sekarang?

................. Lain Kisahnya .........................

Kawan : Sahabat kita kematian ayahnya.
Saya : Ye? *xde perasaan - sangat menyampah dengan perasaan yang tiada perasaan itu*
Kawan : Sahabat kita ada masalah.
Saya : Ye? *xde perasaan lagi*

Allah.. Ujian apakah ini.
Dahulu, selalu merungut-rungut :

* Monolog sendiri dalam diri : Kenapalah aku ni manja sangat. Sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak nangis. Manja! hayya. Teruk-teruk.

Tapi, satu ketika, bila Allah hilangkan semuanya. Hidup tanpa dia (si air mata), rasa kehilangan. Rasa kerinduan. Benarlah, manusia ini tidak bersyukur. Saat kehilangan, barulah mula tercari-cari kembali apa yang dihadiahi tuhan. Benarlah masih jauh lagi usaha untuk menjadi HAMBA ALLAH YANG TAAT. Masih banyak perlu belajar, masih banyak ilmu perlu diselongkar, masih banyak amal perlu diperkemaskan. Bukan kerana manusia. bukan,bukan,BUKAN! Tapi kerana ALLAH semata-mata. Ya! Kerana Allah.

Satu saat..
Semasa menonton rancangan TV. Sangat menyentuh hati, kisah hidup mu'alaf yang masih muda usianya. Tanpa sedar, kelopak mata bergenangan dengan "dia" yang dirindui selama ini. Ya! Air mata. Air mata yang dirindui. Alhamdulillah (Syukur kepada Allah).. 

Hikmah daripada Tarbiah tidak langsung ini ialah : 
=> Saya mula menghargai perasaan. Berapa ramai manusia yang menghargai perasaan mereka sendiri? Allah, betapa uniknya perasaan yang diciptakan. Menjadikan kita manusia ini sempurna menjadi manusia. Ya! ia satu nikmat. Maka bersyukurlah (u_u)

"Nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?"
=> Lagi, saya menjadi manusia yang punya 2 rasa. Tidak berperasaan & berperasaan. 2 situasi ini mengajar saya untuk berjiwa besar. Menerima kritikan dan teguran dengan matang menggunakan naluri tidak berperasaan. Namun, menghargai Allah, Rasulullah dan semua kecintaan saya di dunia dan akhirat ini, dengan rasa. Ya, dengan nikmat kesabaran.

Situasi ini menjadikan saya manusia kuat! InsyaAllah. Doakan si faqirah ini ye ^_^
-m0ga kita sama-sama terus kuat untuk Islam hendaknya-
-Sayang kalian kerana Allah-

Kita tangguh pertemuan ini dengan tasbih kafarah dan Surah al-asr 
(InsyaAllah, untuk topup mana yang terlebih & terlalai) - Wallahua'lam.