Ahad, 21 Ogos 2016

Tugasan pertama berteman air mata

Bismillah...

Alhamdulillah.
Thummah alhamdulillah.

Selesai tugasan pertama.
Dalam tempoh alahan.
Air mata jadi peneman setia.

Banyak dosa.
Jadi ini cara tuhan untuk hapuskannya.
Ameen...

Bila umi pandang kiri.
Bila umi pandang kanan.
Umi rasa Allah mudahkan urusan ini.

Janji Allah...
Selepas kesusahan.
Pasti kemudahan...

Umi pandang kiri.
Umi pandang kanan.
Masih lagi ada yang Allah belum kurnikan jalan kemudahan dan kefahaman.
Jadi sukar untuk faham soalan...

Alhamdulillah.
Allah beri kesusahan di satu sudut.
Satu sudut yang lain...
Pasti adanya kemudahan..

Dan ujian untuk setiap umat manusia itu berbeza-beza... Kan?

P/s:

@ walid.. Maaf salah silap umi.. Manja sangat.. Nangis sokmo 😂

@ baby.. Sorry³... Masa umi nangis. Awak jangan nangis eh. Bagi umi je nangis.. Awak happy² je.. Umi okkey 😘

Khamis, 11 Ogos 2016

Pakaian itu menjaga

Bismillah...

Masa masuk kecemasan hari tu.
Umi kena scan perut.

Jadikan cerita.
Dr yang scan tu Dr pelatih.
Sebab baby kecik sangat.
Baru lagikan.
Sampai dr tak leh nak detect.

Then,
Dr pelatuh tu panggil dr lain,
Untuk tolong tengokkan.
Sekali Dr laki masuk...

Ummi pusing kanan.
Tengok Dr lelaki.
Dr letak gel atas alat utk scan.
Lepas tu dr ambil buku pink.

Mungkin Dr tengok kut.
Umi pakai baju kurung.
Umi pakai tudung labuh.

Dr tnya umi..
Awak belajar mana?
Umi jawab la...
IPG.

Oh.. Cos ap? Dr smbung tnya..
Pendidikan Islam.. Umi jawab.

Dr tadi simpan balik alat utk scan tu tmpt dia. Lepas tu Dr tu cakap "malu sy nk scan ustazah, awak gi panggil Dr perempuan ye..."

Umi senyum + ketawa kecil..
Huh. Selamat.. Hee.

Dalam hati.
Masa tu.
Ad 2 benda je.
Syukur + yakin. Sesungguhnya.
Pakaian itu menjaga kita! 😁😊

#tutupAurat
#PakaianTakwa
#DoakanBaytSyaFiY💕

Isnin, 8 Ogos 2016

First time warded

Bismillah...

Unik betul hari ni.
8.8.2016 😁
Asal nak buat buku..
Sekali kena warded.
Sebab tak cukup air dalam badan.

"Tak boleh ke Dr, kalau sy paksa makan dlu?"
"TAK BOLEH" 😂

Ok.. Warded. Tingkat 1, wad melor..

Betul2 pengalaman.
Pengalaman pertama kena ambik darah banyak², pengalaman pertama kena masukkan air berbotol - botol 💕

"Sob.. Sob.. 😂"
Nangis jap. Tapi senyum.. Entah. Keliru dengan emosi sendiri?

Selesai solat, mak cik sebelah tanya, sakit nappe dik?

Ummi: "Tak cukup air 😁"

Mak Cik: "oo.. InsyaAllah. Ok tu. Xdop nappe"

Ummi: he he.. *sambil jeling ke kanan. Nampak anak dy tengah ambil gambar doa utk kanser"

Dalam hati.
MasyaAllah.
Ummi tak sakit pun.
Masuk air je.
Releks la.. Org lain sakit lagi.
So tak mau sedih-sedih na..
*acah² baby pujuk ummi 😘

Ok baby! Ummi tak sedih dah.

Doakan. Sabar dan syukur tu sentiasa ada dalam hati kita ok... Jom rehat!

🙋

#doakanBaytSyaFiy

Sabtu, 6 Ogos 2016

Sayang.. Abang long ke kak long?

Bismillah...

Penatnya Ya Allah.
Ni malas ke.
Perasaan je ke.
Buat-buat ke apa 😅.

Umi nangis tu..
Umi tak marah awak baby...
Umi tengah belajar nak kuat juga ni.
Doakan umi ok 😊

Boleh bayang tak.
Perasaan tu.
Kita lapar sangat...
Nak makan.

Tapi bila ada makanan depan mata.
Kita tak boleh nak telan.
Bila nampak gambar makanan je scroll laju².
Tak mampu nak tengok.

Boleh bayang tak.
Perasaan.
Bila kita buka mulut nak cakap.
Rasa loya..
MasyaAllah..

Boleh tak kita bayang..
Bila start muntah tu..
Sekali muntah. Panjang² tak de 'pause'.
Err. Peritnya la Sayang 😳.

InsyaAllah.
Umi tngah belajar kawal keadaan diri.
Kesian walid layan umi. Macam² 🙊.
Sorry walid 😂.

Semoga.
Semua kepayahanni bernilai ibadah.
Ameen...

#tajdidNiat
#MenulisItuTerapi
#DoakanBaytSyaFiy

Ahad, 24 Julai 2016

Awak? Teman umi?

Bismillah...

Makin lama..
Makin menjadi-jadi..
Muntah tak tertahan-tahan..

Sayang..
Awak dah ada ke?
Awak datang teman umi?

Sampai satu masa.
Hampir 7 kali ulang-alik ke tandas, dalam 1 pagi...

Umi singgahkan kepala.
Pada kepala paip.
En paip..
Tumpang rehat jap ye 😂..

Dan...
Umi angkat muka.
Tenung cermin dan senyum..

Umi janji dah.
Umi nak lalui jihad ni dengan senyum.
Tak nak mengeluh!

Umm..
Air mata?
Yang tu umi tak janji.
Sebab air mata tu kawan baik umi. He he.
Bagi la can kat air mata tu nak tenangkan hati umi. Ok?

Umi janji..
Umi tak mengeluh.
Umi syukur.
Umi sabar.
Dengan cara umi..
Ok Sayang?

Tq.. Sudi teman umi.
Kita kuat sama². Ok?

Awak teman Umi siapkan kerja² Umi tau. Duduk elok² 😊

Belajar awal². Tengok apa umi buat... Nnti nk Keluar tengok dunia. Dah pandai dah nk buat semua.. Ha.. Gittu 🙈

Terima kasih Allah...
Terima kasih teman Umi 💕

#EmosiTakStabil
#MogaAllahJaga
#AllahAdaKan💪

Sabtu, 23 Julai 2016

Cita-cita

Bismillah...

Awak.

Saya: Saya ad cita-cita baru.

Awak: Ap?

Saya: cita-cita. Yang jadi income pasif. Sampai bila-bila...

Awak: apa?

Saya: kematian, yang menghidupkan...

#fight4HusnulKhatimah
#MaafSalahSilap
#DoakanSemua
#DoakanBaytSyaFiy

Khamis, 21 Julai 2016

Wanita. Salam kasih untuk semua.

Bismillah...

Wanita itu madrasah.
Madrasah yang akan membangunkan.

Boleh jadi juga,
Madrasah yang membantutkan.

Wanita..
Kalian sedang berduka?
Dengan kelemahan diri?

Ish!
Kita hari ini.
Punya tuhan.
Untuk kita gantungkan kekuatan.

Jadi?
Kerana apa kita lemah?

Mudah.
Jawapannya...

Kerana tuhan kecil di dalam hati kita...

Allah.............

Kalian.
Berhenti untuk terlalu murah.
Berhenti untuk terlalu lemah.

Tuhan sedang mencintai.
Hambanya yang kuat.
Nabi telah titipkan pesan bukan?

Mari.
Aku ingatkan kembali kalian.

Kalian...

Mari.
Kita mahalkan diri.
Hiasan yang mahal.
Untuk org yang berakal.
Bukanlah perhiasan.

Tapi ILMU.
Ilmu yang akan memahalkan.
Menjadikan kita.
Orang yang bergerak.
Dengan matang, faham, Dan bahagia.

Ingat,
Yang mengurus duka.
Yang menjadikan suasana bahagia.
Itu kita..

InsyaAllah.

Jadi kenapa mahu salahkah manusia?

Mari!
Kita bina bahagia kita bersama.
Dengan ilmu.
Yang menguatkan matlamat & jiwa 😘

22/7/2016
Kuliah Dhuha,
Rusila 💓