Sabtu, 2 Julai 2016

Terlalu rindu

Bismillah...

2/7/2016

Hampir 3 bulan bergelar isteri.
Baru beberapa hari bertemu muka dengan encik suami.

Mungkin kurang daripada 10 hari.
Tarbiyah rabbani.
Pasti punya hikmah sendiri kan.

Takungan rindu dalam Dada.
Tak mampu diungkap dengan lisan.
Kerana sesaknya terlalu menekan.

Sakitnya perpisahan.
Dengan kesayangan.

Mungkin Allah sedang mendidik.
Untuk menghargai.

Memahami rasa kehilangan.
Supaya menghargai sebuah pertemuan.

Allah...
Sesakit ini perpisahan sementara...

Aku mahu bersamanya.
Disyurga tertinggi milikMu.

Semoga Allah menjagakan "rumah ini"

Dan memenuhkannya dengan.
Sakinah, mawaddah dan rahmah <

#MenulisItuTerapi
#ILoveUZauji

Jumaat, 24 Jun 2016

Surat untuk mu. Ketua Bidadari Syurga

Bismillah...

"Sayang amanah Allah untuk B"

.....................

Surat untuk Ketua Bidadari Syurga.
Syafiqah Fauzi.

Tuan puteri.
Jadilah penyejuk mata.
Buat suami.
Si pemuda syurga (biiznillah. InsyaAllah)
Hiasi diri.
Sebaiknya.
Untuk dia yang teristimewa....

Tuan puteri.
Jadilah penyejuk hati.
Buat suami.
Si tampan akhlaknya...
Hiaslah akhlakmu.
Dengan akhlak mahmudah yang menenagkan.

Tuan puteri.
Jadilah penajam fikiran.
Jangan jadi beban.
Dia suami. Perlukan teman berbincang.
Asahlah akalmu.
Untuk berfikir. Memudhkan urusan.

Tuan puteri.
Jadilah teman.
Teman setia.
Bersama hingga ke syurga.
Redha dengan kelemahan Dan kekuatannya.
Kerana. Dia manusia biasa.
Masih belum lagi tiba di syurga.
Tempat manusia menjadi sempurna.

Tuan puteri.
Sediakan diri.
Berkhidmat sepenuh hati.
Untuk dia kekasih teristimewa di dunia dan akhirat.

Tuan puteri.
Sudikah berjanji dengan diri?
Kamu akan persembahkan yang terbaik.
Untuk dia. Yang sudi menyayangimu sepenuh hati?

<3 InsyaAllah! Ingatkan kalau lupa. Kalau lalai dan leka. Aku mahu. Jadi puteri itu <3

#hajatdoasemua
#terimakasihSuamiSoleh

Rabu, 22 Jun 2016

Pregnant? Mengandung?

23/6/2016
12.30 pm

Perasaan:
Rindu <3
Rindu <3
Rindu <3

Keadaan:
Air liur rasa banyak...

Tanda pregnant?
Wait n c...
Awal lagi nak check :)

Doa.
Moga Allah kurniakan yang terbaik.

Nak mintak pun tak tahu.
Mana yang terbaik untuk kita kan?

Yang pasti.
Allah Maha Mengetahui.

Persediaan:

Setakat sihat lagi ni.
Siapkan kerja-kerja yang terbengkalai.
Sebab tak tahu kan.
Esok-esok.
Keadaanya macam mana :)

Pesanan:

Anak-anak umi...
Jangan nakal-nakal tau ;)

Allahummayassir wala tu'assir <3

#menulisItuTerapi

Isnin, 20 Jun 2016

Sakit

Bismillah...

Sakitnya sebuah rindu.
Mata bercurahan.
Menahan rasa sakitnya sebuah rindu.

Namun mulut masih senyum.
Menguntum senyum yang paling manis.
Menutup sakitnya sebuah rindu.

Dada berombak-ombak.
Menahan rasa yang menyucuk-nyucuk peritnya.

Aku dan kamu.
Pastinya rasa ini sama.

Kerana aku yakin.
Sakitnya rindu ini.
Kerana cinta yang sedang subur tumbuhnya.

Tarik nafas...
Alhamdulillah...

Bersyukurlah.
Untuk setiap rasa yang Allah anugerahkan.
Setiap aturan yang Allah tetapkan.

Syukurlah.
Untuk air mata yang mengalir.
Merindukan yang halal.
Merindukan kekasih dunia dan akhirat.

<3 Mari. Kita sinergikan cintakan kita. Menjadikan cinta ini. Motivasi mengerakkan kehidupan yang lebih baik. Fokus! <3

Dan rindu?
Biarkan ia menjadi baja cinta.
Selama-lamanya.....

*lap air mata*

Alhamdulillah untuk segalanya.
Semoga ia bakal menjadi Kenangan indah untuk akan datang... Biiznillah :)

Ahad, 5 Jun 2016

Majlis ta'lim pertama - Bayt SyaFiy

Bismillah...

3 Jun 2016

Ta'lim pertama di 'rumah' Bayt SyaFiy.
Perkongsian tentang ramadhan.
Yang sedang mengintai².
Merindui perindu-perindunya.

Madrasah ramadhan.
Ia syahr al-jihad,
Ia syahr al-quran...

Bulan latihan.
Bulan menambah keimanan.
Bulan melatih kesabaran. :)

Sabar...
Sabar...
Sabar...

Aturan Allah. Pasti ada hikmahnya.
Sabar dan syukur sentiasa <3

Buat belahan jiwaku.
Salam rindu <3

Moga Allah kumpulkan kita.
Dalam syurga tertinggi miliknya :)

Ameen!

Rabu, 1 Jun 2016

Oh syafiqah

Oh Syafiqah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh Syafiqah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh Syafiqah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh Syafiqah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh Syafiqah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh Syafiqah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh Syafiqah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh Syafiqah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Credit: oh muslimah

Lagu walid.
Untuk umi.

InsyaAllah.
Akan dimanfaatkan.
Untuk muhasabah sebuah diri.

Jom!

Qudwah seorang suami

Bismillah.

Untuk anak-anak umi perhati dan hayati kebaikan seorang walid.

Pertamatamanya...
Puji dan puja buat Rabb yg menciptakan manusia dan menyempurnakan kejadiannya.

Alhamdulillah.
Atas anugerah seorang walid.

Yang soleh dan musleh. InsyaAllah

Sentiasa ada usaha untuk memberikan qudwah hasanah untuk umi jadikan teladan buat diri.

Umi catatkan di sini, supaya umi tak lupa kebaikan² walid. Ketenangan yang walid kongsikan dengan umi.

Satu hari, umi sakit. Tapi walid jauh. Walid call umi. Walaupun sebenarnya walid letih. Umi tahu... Walid baru balik.

Walid call. Walid tanyakan khabar.

Walid bacakan al-quran,

Walid bacakan selawat syifa

Walid bacakan doa yang menenangkan.

Kalian, anak-anak umi.
Hargai walid sebaiknya ye,
Ingatkan umi, kalau umi terlupa untuk hargai kebaikan walid.

Umi ada cita-cita.
Mahu jadi ketua bidadari walid.
Umi mahu buat bidadari-bidadari walid cemburu.
Umi mahu tawan takhta itu.

Tapi ia takkan mudah di capai.
Tanpa sabar dan syukur kan :)

Doakan umi kuat.
Memburu takhta ketua bidadari syurga.

Untuk seorang pemuda syurga.
Walid kalian yang setia...

InsyaAllah.
Biiznillah.

# hajat DOA semua
# saling mendoakan