Isnin, 20 Jun 2016

Sakit

Bismillah...

Sakitnya sebuah rindu.
Mata bercurahan.
Menahan rasa sakitnya sebuah rindu.

Namun mulut masih senyum.
Menguntum senyum yang paling manis.
Menutup sakitnya sebuah rindu.

Dada berombak-ombak.
Menahan rasa yang menyucuk-nyucuk peritnya.

Aku dan kamu.
Pastinya rasa ini sama.

Kerana aku yakin.
Sakitnya rindu ini.
Kerana cinta yang sedang subur tumbuhnya.

Tarik nafas...
Alhamdulillah...

Bersyukurlah.
Untuk setiap rasa yang Allah anugerahkan.
Setiap aturan yang Allah tetapkan.

Syukurlah.
Untuk air mata yang mengalir.
Merindukan yang halal.
Merindukan kekasih dunia dan akhirat.

<3 Mari. Kita sinergikan cintakan kita. Menjadikan cinta ini. Motivasi mengerakkan kehidupan yang lebih baik. Fokus! <3

Dan rindu?
Biarkan ia menjadi baja cinta.
Selama-lamanya.....

*lap air mata*

Alhamdulillah untuk segalanya.
Semoga ia bakal menjadi Kenangan indah untuk akan datang... Biiznillah :)

Ahad, 5 Jun 2016

Majlis ta'lim pertama - Bayt SyaFiy

Bismillah...

3 Jun 2016

Ta'lim pertama di 'rumah' Bayt SyaFiy.
Perkongsian tentang ramadhan.
Yang sedang mengintai².
Merindui perindu-perindunya.

Madrasah ramadhan.
Ia syahr al-jihad,
Ia syahr al-quran...

Bulan latihan.
Bulan menambah keimanan.
Bulan melatih kesabaran. :)

Sabar...
Sabar...
Sabar...

Aturan Allah. Pasti ada hikmahnya.
Sabar dan syukur sentiasa <3

Buat belahan jiwaku.
Salam rindu <3

Moga Allah kumpulkan kita.
Dalam syurga tertinggi miliknya :)

Ameen!

Rabu, 1 Jun 2016

Oh syafiqah

Oh Syafiqah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh Syafiqah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh Syafiqah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh Syafiqah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh Syafiqah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh Syafiqah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh Syafiqah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh Syafiqah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Credit: oh muslimah

Lagu walid.
Untuk umi.

InsyaAllah.
Akan dimanfaatkan.
Untuk muhasabah sebuah diri.

Jom!

Qudwah seorang suami

Bismillah.

Untuk anak-anak umi perhati dan hayati kebaikan seorang walid.

Pertamatamanya...
Puji dan puja buat Rabb yg menciptakan manusia dan menyempurnakan kejadiannya.

Alhamdulillah.
Atas anugerah seorang walid.

Yang soleh dan musleh. InsyaAllah

Sentiasa ada usaha untuk memberikan qudwah hasanah untuk umi jadikan teladan buat diri.

Umi catatkan di sini, supaya umi tak lupa kebaikan² walid. Ketenangan yang walid kongsikan dengan umi.

Satu hari, umi sakit. Tapi walid jauh. Walid call umi. Walaupun sebenarnya walid letih. Umi tahu... Walid baru balik.

Walid call. Walid tanyakan khabar.

Walid bacakan al-quran,

Walid bacakan selawat syifa

Walid bacakan doa yang menenangkan.

Kalian, anak-anak umi.
Hargai walid sebaiknya ye,
Ingatkan umi, kalau umi terlupa untuk hargai kebaikan walid.

Umi ada cita-cita.
Mahu jadi ketua bidadari walid.
Umi mahu buat bidadari-bidadari walid cemburu.
Umi mahu tawan takhta itu.

Tapi ia takkan mudah di capai.
Tanpa sabar dan syukur kan :)

Doakan umi kuat.
Memburu takhta ketua bidadari syurga.

Untuk seorang pemuda syurga.
Walid kalian yang setia...

InsyaAllah.
Biiznillah.

# hajat DOA semua
# saling mendoakan

Sabtu, 14 Mei 2016

Rindu itu buah cinta

Bismillah...


Rindu itu buah cinta,
Bila tiada rindu.

Maksudnya tiada buah.

Kenapa tiada buah?
Mungkin kerana pokok cinta layu @ sudah mati!

Alhamdulillah.
Syukur atas kurniaan rindu dari al-Khalik.
Sang Pencipta rindu <3

Ini tanda pokok cinta sedang tumbuh menyubur subur <3


Moga Allah jagakan cinta dan rindu ini.
Moga Allah tambahkan sentiasa cinta dan rindu ini.

Bersyukurlah!
Allah akan tambahkan kenikmatannya <3


Road to be: Pengantin baru sepanjang masa <3


#sabar
#syukur



Khamis, 28 April 2016

Kenapa aku cinta dan sayang?

Bismillah...

"Cinta akan lenyap. Dengan lenyapnya sebab"
-Ibnu Qayyim al-Jauziyah-

Sengaja umi catatkan di sini. Untuk kalian, anak-anak umi, teliti dan perhati. 
Soal tingkatan kedua iaitu baitul muslim. Bukan soal mainan. 
Ia perlukan ilmu yang beriringan dengan mujahadah berpanjangan.

KENAPA UMI CINTA DAN SAYANG WALID?

Ada. Ada sebabnya,

@ Pertama: 

Sebabnya mesti sebab yang tidak akan lenyap,
ALLAH.
Ye. 
Cinta akan lenyap. Dengan lenyapnya sebab.
Tapi kalau sebabnya Allah. 
Ia takkan lenyap. Sampai bila-bila.

Cinta yang membawa kepada kasih Allah kepada kita. 
Cinta yang bawa kita lebih dekat dengan Allah.
Itu buruan kita. orang yang memahami agama. Kan?

Kenapa umi kata walid letakkan cinta ini kerana Allah?

Sebab walid sudi terima teguran umi dulu.
Walaupun pada lelaki
Mungkin teguran itu satu yang mencabar kelakian.

Tapi,
Walid terima, 
Teguran umi untuk menjaga perhubungan sepanjang pertunangan.
Behubung sebatas keperluan.

Tq walid!


@ Kedua:

Sebab walid Sabar dan Syukur.

Banyak kali. 
Umi zahirkan kelemahan diri.
Kadang-kadang sengaja.
Kadang-kadang memang suka.

Tapi walid sabar dan terima.
Walid tak agresif mahukan yang sempurna.
Walid terima umi seadanya umi.

Umi tahu.
Umi ada kelebihan diri.
Tapi umi simpan. Tak tunjukkan.
Sengaja. 

Satu janji umi dulu dan sekarang.
Umi mahu berikan yang terbaik.
Untuk dia yang teristimewa. Yang sudi terima umi.
Kekuatan dan kelemahan umi.

Dan syukur walid.
Umi sentiasa dengar dari mulutnya.
Dan umi sentiasa lihat dari tindakan taatnya kepada al-Khalik.

Alhamdulillah.

@ Yang terakhir:-

Jujur, kemas umi jaga cinta dan sayang umi pada lelaki ajnabi.
Walaupun tunang. Ia masih punya batas.

Umi simpan sayang umi. Untuk walid. Hanya untuk walid.
Setelah sah akad dilafazkan. 

Sebelumya? 

Umi tak beri sepenuhnya hati.
Selagi belum rasmi.

Cinta dan sayang umi. Umi simpan. Hanya untuk yang teristimewa.

Semoga Allah jaga. Cinta dan sayang ini. Mengumpulkan kita semua dalam syurga tuhan. Tempat abadi <3

# Hajat doa semua
# Saling mendoakan

Rabu, 20 April 2016

Sabar dan Syukur itu Sa. Ma. Ra.

Bismillah...




Road to Jannah!

Visi:
- Ke arah membina bait haraki yang syumul


Misi: 
1- Melahirkan keluarga mendokong perjuangan
2- Tingkatkan kualiti diri (ilmu, amal dan akhlak Islam)
3- SA - MA- RA


Sa-Ma-Ra

Sakinah (Ketenangan)
Mawaddah (Cinta)
Rahmah (Kasih Sayang)


Suami soleh: Masakkan untuk b boleh?

Isteri solehah: Tak boleh. Sebab tak pandai :(

Suami soleh: Jangan risau ok. b pandai. Nanti b ajar. Syg nak apa? Nasi goreng? Mee goreng? Kueh Tiaw goreng? Semua boleh.


Sabar dan syukur itu kunci.
Sempurna tiada.
Yang ada usaha.
Saling melengkapi.
Saling mengisi.

Ketenangan - cinta - kasih sayang
Semoga ia kekal berhimpun erat dalam sebuah keluarga kecintaan kita.


***********
Dalam rumah tangga, suami isteri saling membantu dalam membina keluarga dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Suami dan isteri. Saling melengkapi tugas masing-masing. Dengan lengkapnya kerjasama antara suami isteri dan terhasillah natijah yang terbaik daripada perkongsian hidup ini, iaitu melahirkan

Zuriat yang soleh, mendidik generasi yang tertanam iman dalam hatinya serta terserap dalam jiwanya semangat membela Islam.

(Tarbiyatul Aulad, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan)

***********

Semoga!
Rumah kita yang sedang dibangunkan ini.
Terpilih menjadi sebuah rumah keredhaan Tuhan.

Ameen!


Mari.
Berpimpin tangan menuju syurga Tuhan.
Dengan ilmu, Kefahaman dan amalan.