Jumaat, 25 November 2016

Setia hingga hujung nyawa

Bismillah...

Ya Allah.
Terima kasih untuk teguran.
Untuk tidak menukar posisi tuhan dengan insan.

Ya Allah.
Kekalkan hati ini mengharap hanya cinta pada keutamaan.

Berbeza rupanya lelaki Dan perempuan.
Cara berfikir. Dan cara bertindak.

Emm...
Bila bercakap soal setia.
Lelaki akan kata.
Alah... Kawin 2 je pun, 3, 4...
Atau kadang².. Itu hanya gurauan. Antara lelaki dan lelaki... Untuk menampakkan kemachoan?

Sedang perempuan pula berbeza.
Ya. Ad yang kawin kerana harta.
Namun.
Bukan semua. Kerana ada yang lebih rela untuk bersama dengan kesusahan.
Setia untuk Susah Dan senang.

Khadijah memberi semua.
Dan Rasulullah sangat mencintainya...
Sehingga dia tidak diduakan.. Sehingga selepas mati pun hatinya tetap untuk khadijah. Hebatnya.. Saidatina Khadijah... Engkau benar wanita mulia. Hingga tulang mu juga sanggup kau jualkan untuk agama.

Aisyah.. Dimadukan.
Dalam keadaan cinta Rasulullah.
Sangat tinggi untuk jasad itu.
Madu²nya.. Memberikan giliran mereka pada asiyah pada saat tertentu.
Kerana apa? Kerana mereka tahu. Mereka di kahwini untuk di bantu.

Dan mustahil
Terkumpul 2 cinta.
Dalam 1 jiwa.
Pasti ada yang lebih dicintai.
Kalau itu benar terjadi...

Dan semoga.
Aku mendapat si setia yang sebenar.
Tak perlu ada rasa syak wasangka.
Atau cemburu buta.

Aku ingin tenang untuk sebuah perkahwinan.
Memberi cinta dengan bahagia..
Memberi cinta untuk yang sudi menghulurkan setia...

Takut untuk terlalu mencintai?
Takut untuk terluka nanti?
Fuh.. Bahayanya hai hati...

Selamat menambah ilmu.
Untuk belajar bercinta lagi...💓
Untuk terus menjadi wanita bahagia.. Sehingga selepas mati...

Ameen ya Rabb.

#doakanBaytSyaFiy
#DoakanBabySyaFiy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan