Jumaat, 4 Disember 2015

Aku terima pinanganmu

(Aku ketua bidadari syurga)

Bahagian 2:-

Kalut dengan tugasan. Tangan ligat menekan anak-anak "keyboard". Khusyuk dia meneliti isi-isi yang perlu dimasukkan dalam tugasan. Adat sebagai pelajar, akan ada masanya, masa di "serang" dengan tugasan yang bertimbunan. Haura menarik nafas, berhenti seketika fokus kepada tugasan.

Klik, klik...

Bunyi fb messenger.

Azfar memberi salam pembukaan. Dalam hati sedang berbaik sangka, Haura membalas dengan biasa. Mungkin ada hal mustahak. Haura membisikkan di dalam dada.

"Wassalam. Ye?" Haura bertanya. Ringkas dan padat, seperti biasa.

"Sihat?" Azfar meneruskan ayat.

"Alhamdulillah, sihat. Kenapa ye, ada apa-apa boleh tolong?" Haura masih lagi bernada baik sangka,

"Tak, saja" Azfar membalas.

"Oh, ok, tak apalah kalau macam tu" Haura terus menutup perbualan.

Laju, Haura mengambil tindakan untuk offline. Baginya, tiada masa untuk bermain-main. Masanya berharga. Tidur adalah lebih baik daripada melayan perkara yang baginya sia-sia. Tiada matlamat. Tidur sekurang-kurangnya akan menyegarkan kembali keletihan badan. Berbalas-balas chatting, apa manfaatnya? Haura tegas dengan dirinya sendiri.

Tugasan yang masih berbaki diteruskan. Walupun malas menerpa berkali-kali, namun Haura semangat! Malas perlu dilawan, bukan dituruti. Sakit sedikit namun akhirnya akan membuahkan kemanisan. Haura yakin. Kesilapan menangguh kerja sebelum ini cukup menyakitkan baginya. Cukuplah ia menjadi pengajaran. Tiada lagi pengulangan.

"Mukmin yang baik tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama dua kali", Sekali lagi, Haura bertegas dengan diri.

Keesokannya, Haura mendapat icon dan emotion yang pelbagai daripada Azfar. Haura sendiri keliru dengan apa yang berlaku. Hatinya tidak sedap. Dia benci dengan apa yang dilihat. Dia benci melihat lelaki yang lemah. Ini bukan akhlak Islam. Haura yakin. Ini semua pengaruh televisyen. Kasihan remaja. TV mendidik, tindakan sebegini adalah tindakan yang comel dan manis, kononya. Tapi tidak pada Islam.

Sebanyak mana kemanisan cinta itu diambil sebelum nikah, maka sebanyak itu jugalah kemanisan itu akan hilang selepas nikah. Haurah benar-benar tekad, dia tidak akan mengizinkan perkahwinanya tawar kerana terburu-buru ingin merasakan manisnya itu sebelum nikah.

Haura mengambil tidakan untuk tidak melayan semua fb messenger daripada Azfar. Dia benar-benar sayang pada semua muslim. Dia berdoa, semoga Azfar kuat. Menjadi lelaki yang kuat iman. Haura benar-benar berdoa, suapaya dia tidak menjadi fitnah kepada hati lelaki.

"Allah, jagakan hati-hati lelaki ini, mereka perlu kuat untuk menjadi Muslim kecintaan-Mu". Haura merintih sendiri.

Semua kerana sayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan